Semakin menjadi perhatian di laman media sosial mengenai berita suami kepada pelakon Datin Diana Danielle, iaitu Datuk Farid Kamil yang telah dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan atas kesalahan mengunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
Menerusi akaun Instagram milik Diana, dia telah berkongsi sekeping gambar ketika dia bersama anak-anak dan suami tercinta.
Di samping itu, pelakon berusia 27 tahun itu memberi kata cinta dan sayang kepada Farid.
“Life throws us lemons but we have mastered the art of making lemonades. We love you so so so so much no matter what”tulisnya.
Terdahulu, Diana dan Farid telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan 2 cahaya mata bernama Muhammad , 6 tahun dan Nur Aurora, 4 tahun.
Ads
MH mendoakan semoga Diana dan keluarga sentiasa tabah menghadapi segala dugaan kehidupan
Setelah sekian lama menutup ruangan komen di laman media sosial Instagram, pelakon Izreen Azminda kini kembali berkomunikasi bersama peminatnya.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam turut memaklumkan tindakan dibuat bagi memberi ruang buat peniaga dalam talian melakukan promosi di akaun media sosial miliknya.
“Bersempena kami dah bukak komen ni. Esk kami nk bg peluang kepada peniaga online.
“Hampa promote la barang2 ampa semua kat ruangan komen esk okay. Semoga murah rezeki ampa semua,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 9 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Terdahulu, Izreen menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya selepas terpalit beberapa isu terhadap dirinya.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan baru saja menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5), Safura Ya’cob mengundang rasa sebak dan pilu di kalangan peminat apabila memuat naik foto mencium arwah anak, Nur Aisyah Maryam.
Bintang yang sinonim menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu memuat naik foto pilu berkenaan menerusi Instagram miliknya, dua hari lalu.
Difahamkan, anak perempuannya itu meninggal dunia pada September 2011 lalu akibat mengalami demam berpanjangan.
Menerusi ruangan kapsyen, Safura menitipkan rasa rindu dan pilu atas sebuah kehilangan.
“Ciuman terakhir. Entah kapan aku akan bertemu anak syurgaku ini. Ya Allah rindu yang tidak tertanggung saat ini. Walaupun sudah 7 tahun meninggalkan kami.
“Segala cinta dan sayang kau bawa bersama. Pilu sebuah kehilangan, Nur Aisyah Maryam,” nukil Safura.
Safura turut mempunyai seorang anak bersama pelakon Shahronizam iaitu Yusoff Firdaus dan menerusi hasil perkahwinan sebelum ini, Safura dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, 24, dan Muhammad Daniel Khaqim, 18.
WOW SAFURA!!!! MH berada di Singapura now ok. Ada event ramah mesra peserta GV yang dibawakan oleh SingtelTV dengan kerjasama Astro. Gerek seh!
Selepas hampir setahun diperam berikutan kontroversi adegan ‘panas’, drama bersiri, Perempuan Itu, bakal menemui penonton bermula bulan hadapan.
Menurut penerbitnya, Erma Fatima, drama lakonan Zul Ariffin dan Mimi Lana itu akan ditayangkan di platform penstriman Tonton sebelum disiarkan TV3.
“Insya-Allah, Februari nanti drama bersiri Perempuan Itu akan ditayangkan di Tonton dahulu disusuli TV3.
“Setakat ini, drama itu tidak ada masalah untuk ditayangkan. Cuma babak yang pernah mencetuskan kontroversi itu sudah disunting,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Erma turut mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk menerima apa sahaja respon daripada masyarakat berhubung drama 30 episod itu.
“Saya tidak mampu menutup mulut orang. Selama hidup saya bergelar pelakon dan pengarah, saya sudah lalui semuanya. Sama ada karya saya dihina atau dipuja.
“Apabila drama ini ditayangkan nanti, hanya akan ada dua perkara yang bakal berlaku. Pertama, jika mereka suka, pasti pujian akan diberi.
“Tetapi, jika mereka tidak suka, pasti saya akan terima kecaman yang ‘berbakul-bakul’. Tidak mengapa, saya boleh terima apa sahaja maklum balas yang diberi.
“Saya hanya buat yang terbaik mengikut misi dan matlamat yang saya mahu sampaikan melalui drama tersebut,” kongsinya lagi.
Kakak kepada pelakon Umie Aida itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran Mak Cun Mart di Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada Jumaat.
Ditanya adakah Zul akan turut terlibat untuk proses mempromosikan drama ini, Erma memberitahu, segalanya terpulang kepada pelakon itu sendiri
“Kekuatan sesebuah drama tidak bergantung kepada seorang individu sahaja tetapi ia melibatkan seluruh team drama tersebut. Kalau sudah ditakdirkan, drama tersebut akan tetap berjaya.
“Andainya Zul tidak mahu mempromosikan atau menolak untuk berkerjasama didalam drama ini, dia juga ada hak sebagai seorang pelakon untuk melakukan perkara tersebut.
“Namun, kalau dia rasa itu tanggungjawab dia sebagai seorang pelakon yang berlakon di dalam karya ini dan juga seperti apa yang telah tertulis di dalam kontrak, saya terbuka menerimanya.
“Selalunya pihak stesen tv akan yang meminta para pelakon untuk mempromosikan sesebuah drama. Bila dah terjadi kontroversi seperi ini, saya melepaskan segala keputusan kepada dia sama ada mahu melakukannya atau tidak,” akhirinya.
Terdahulu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 18 Mac, Zul memuat naik babak ghairah dalam drama Perempuan Itu di laman Instagram (IG) miliknya.
Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!