Baru-baru ini, isu anak kepada pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri menjadi perbualan ramai apabila ada netizen mengatakan bahawa baby NeyNey tidak comel.

Malah, ada juga netizen yang menasihati Nora agar tidak lagi memuat naik gambar anaknya itu di laman sosial media miliknya.

Berikutan itu, penyanyi rap, Caprice memuat naik satu video memberikan komen mengenai perkara itu di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Sejujurnya saya rasa bahawa netizen kena belajar menghormati serta tahu batas untuk mengkritik di media sosial.

“Mengejek dan mengkritik kanak-kanak sepatutnya tidak dibenarkan!” luahnya.

Tambahnya lagi, dia turut berkongsi cerita sewaktu zaman kanak-kanaknya.

“Bro, kalau korang tengok gambar saya semasa kecil, korang akan takut. Malah famili saya sendiri pun takut. Bila nenek tengok saya, dia ingat ada salah makan kat mana-mana.

“Tapi bila saya berumur 17 tahun, perempuan selalu DM saya tanya bila nak pergi pasar semua. Sesetengah orang, ada yang ‘late bloomer’ tapi inilah kehidupan.

“Oleh itu, komen-komen negatif berkaitan bayi dan kanak-kanak sepatutnya ‘off limit’ ,” katanya lagi.

IKLAN

Pada MH, ada betulnya apa yang dikatakan oleh Caprice itu, MH tak faham lah macam mana orang boleh memberikan komen sebegitu tanpa memikirkan perasaan ibu bapanya? Cuba kalau kena kat batang hidung sendiri? Mesti merah muka kan?

IKLAN

Apa-apapun, memetik kata selebriti, Syanie Hisham, ‘If you don’t have anything nice to say, don’t say anything at all’. Kalau rasa ayat itu akan menyakitkan, tak perlu lah kata apa-apa.

sumber: IG Caprice

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI