Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira atau sinonim dengan panggilan Shiera Ijoy ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi ibu kepada 5 orang cahaya mata ini telah mengimbau kembali kenangan bersama rakan pelakon, Azah Aziz dan arwah Ary Malik kira-kira 20 tahun yang lalu.
“Bila kawan kluarkan gambo lama kami Ooooo macam tu kejadian kami
“Tapi yang penting rumah tangga Azah dekat canada dah 25 tahun tahniah
@azahmontreal happy anniversary 25 years
“Selama duk sana takde drama…yang buat drama orang malyasia kita Ada je bagi panas Be happy jangan sakitkan hati
“Love you alls gaissssss Ni tahun 2000 semua dah beranak ye..ye @tallisya720 dah 2 tahun
“Arwah Arry je rasanya lum bersalin..but we really really miss her..positive vibes sokmo …nak sedekah …silakan..nak komen…gadoh go ahead…tu hak kamu….kamu je yg terbaik,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmatNya.
Sekadar infomasi, Shiera telah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1993 menerusi filem pertama lakonannya berjudul Imigran.
Arwah Ary tau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik telah meninggal dunia pada 28 Februari 2017 akibat menghidap penyakit kanser ovari.
Foto: Instagram Sharifah Shahira