Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 23 Disember lalu, pelakon Raja Ilya dan suami, Trent Garrett kini dilihat semakin berseri dan manja bersama.
Meski berdarah campuran Melayu, Arab dan India, Raja Ilya tidak pernah sesekali melupakan adab ketika menjamu hidangan.
Mana tidaknya, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad telah mengajar suaminya makan menu hidangan India menggunakan tangan.
“Welcome to Indian family , time to start using the hand to eat @trentengarrett .. More to learn .. haha #lifestyleoflove #family#marriedlife #asian #indianfood,” tulisnya.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video tersebut.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan yang menonton gelagat Ilya dan Trent ketika makan.
Memang romantis habis!
Video : IG Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Serba Kuning Pastel, Ini Foto Sekitar Majlis Akikah Anak Datuk Fizz Fairuz & Datin Almy Nadia
Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia telah mengadakan majlis akikah anaknya Nur Afrina Ayra siang tadi.
Momen indah itu dikongsikan bintang itu di akaun Instagrammya.
Bertemakan warna kuning lembut, keluarga bahagia itu mengadakan majlis di kampung Fizz di Raub ,Pahang.
Pada masa sama, Almy dan Fizz turut meraikan hari jadi anaknnya,Nur Afrina Arianna yang ke-4 tahun.
Rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat mereka seisi keluarga.
Foto: IG Almy Nadia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elly Mazlein Jawab Dakwaan Hamil, Minta Doa Yang Baik-Baik – “Suami Pun Tunggu, Semuanya Aturan Allah SWT.”
Bintang versatil, Elly Mazlein yang masih berteka-teki mengenai telahan orang ramai bahawa dia kini sudah berbadan dua mengakui suaminya, Mohamad Azlan Che Noh juga menanti-nantikan sekiranya dikurniakan rezeki zuriat pertama mereka.
Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia juga tidak berniat untuk berahsia sebaliknya berjanji akan mengumumkan di platform media sosial sekiranya benar dia sedang hamil.
Dia pada masa sama turut meminta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
“Doakan yang baik-baik, sekiranya ada berita yang baik dan ‘confirm’ saya berbadan dua, saya akan bagitahu apa sahaja perkembangan mengenai diri ini.
“Sesuatu yang baik dan bahagia ini… semua tahu saya tidak berahsia mengenai kisah peribadi saya. Cuma saya mohon untuk diberikan masa.
“Suami pun sentiasa menunggu (cahaya mata). Bila sudah sampai, memang akan beritahu dan saya cuba untuk berlaku adil dengan berkongsikan ia di media sosial. Tapi buat masa sekarang ini belum lagi.
“Harapan saya memang sangat besar,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai reaksi puteri tunggalnya, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia 5 tahun, penyanyi Dusta Cinta itu tidak menafikan pertamat hatinya itu juga sudah menanti adik buat sekian lama.
“Sefhia sejak dulu lagi sudah bertanya mengenai adik. Kita cubalah tengok macam mana Allah SWT aturkan, buka lembaran baharu.
“Saya mohon… Saya tahu ramai yang sayangkan saya dan sentiasa mendoakan yang baik-baik. Nak tengok anak bersama suami dan Sefhia punyai adik. Saya pun mahu, siapa yang tak nak kan? Doa-doakan,” pintanya lagi.
Sebelum ini tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video TikTok Suria FM menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump penyanyi tersebut.
Malah sebelum ini menerusi program Muzikal Lawak Superstar, Elly dikatakan kerap memegang perutnya saat mengendalikan program tersebut.
Elly ditemui ketika majlis pelancaran Program Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Tahun ini, Elly terpilih sebagai sebahagaian daripada kempen Ramadan Astro ‘Skuad Lembaran Baharu’, yang turut dibarisi Alif Satar, Cik B, Radin ERA, Dina Nadzir Sinar, Shah Gegar, Isha Norshsm dan pasangan karekter animasi Islamik popular, Omar & Hana selaku duta.
Imbas kembali, Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu, bintang tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Think I Will Vote Him For The Next PRU,”- Caprice Minta YB Syed Saddiq Hormati Keputusan Pemimpin Terengganu
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq mempertahankan atlet dan mengatakan pakaian sukan pilihan mereka perlu dihormati.
Tindakan tersebut telah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah rapper dan usahawan, Caprice.
Katanya, sebagai menteri, Syed Saddiq sepatutnya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin di negeri tersebut.
View this post on InstagramU just gotta respect Terengganu's decision bro. ?
A post shared by Caprice (@capriceofficial) on
“You got to respect their decision bro,” tulisnya.
Tambah Caprice, jika sesebuah negeri itu mahu mengamalkan undang-undang islam, kita sepatutnya menghormati keputusan mereka itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut malah, turut mencadangkan Caprice supaya bertanding dipilihan raya akan datang.
Pada pendapat MH, isu seperti ini tidak sepatutnya diperbesarkan dan perlu perbincangan yang lebih serius. Mana yang dirasakan baik, wajar juga untuk diambil kira, tak gitu?
Foto: Instagram Caprice
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI