Pengacara dan penyampai radio, Mat Dan berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isterinya, Nadifa Adnan telah selamat melahirkah cahaya mata ketiga di sebuah hospital swasta di Klang pada malam Khamis.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
Jelas penyampai radio, Molek FM itu lagi, bayi perempuan pertamanya itu telah dilahirkan tepat jam 9.58 malam tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah ia bayi perempuan. Isteri saya telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat cantik pada jam 9.58 malam tadi,” tulisnya.
Ads
Katanya lagi, sekiranya tiada apa-apa yang berlaku, isterinya bakal dibenarkan keluar daripada hospital pada Jumaat.
“Well done Nurnadifa Adnan. Saya sangat bangga dengan awak. InsyaAllah hari ini kita boleh balik rumah dan perkenalkan dia kepada Zayne dan Eydan.
Ads
“Terima kasih kepada pasukan petugas hospital yang sangat hebat,” ujarnya lagi.
Berita tentang kelahiran cahaya mata terbaru itu turut dikongsikan menerusi laman Instagram Molek FM.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semo isteri dan anaknya itu sentiasa berada dalam keadaan baik.
Sekadar informasi, Mat Dan dan Nadifa telah mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkongsian hidup tersebut tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Zayne dan Eydan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mat Dan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa memaklumkan dirinya telah pun menamatkan segala kontrak kerjasama dengan jenama-jenama yang menunjukkan sokongan terhadap kekejaman yang dilakukan pihak Israel.
Menurut Fatin, perkara ini juga merupakan antara faktor mengapa dia kini tidak lagi aktif di media sosial.
“Ketika ini, kempen boikot sedang rancak berjalan di media sosial. Jadi, saya memang mengelak untuk berkerjasama dengan jenama yang menyokong genocide.
“Kalau anda lihat platform media sosial saya, semua jenama-jenama tersebut sudah tiada lagi. Dahulu, saya akan bekerjasama dengan bermacam-macam jenama.
“Sebab itu ramai yang tanya kenapa saya tak aktif lagi di media sosial. Apa lagi yang saya nak buat?
“Saya dah hentikan kerjasama dengan mereka. Saya bagitahu kepada pengurusan yang saya tak nak buat lagi,” katanya kepada MH.
Meskipun mengetahui kesan yang bakal ditanggung kerana menamatkan kontrak, Fatin tetap percaya dengan rezeki yang telah diaturkan oleh Allah SWT.
“Kita ada budi bicara dan saya tak nak bermusuh dengan pihak-pihak yang menguruskan jenama tersebut. Tapi saya tahu kesannya. Nama saya akan disenarai hitamkan oleh jenama tersebut.
“Namun, saya tak kisah. Rezeki di bumi Allah ini luas. Kalau tak dapat daripada jenama ini, kita akan dapat rezeki lain.
“Saya tak takut pun fasal hilang pendapatan. Kata suami, kalau saya tiada duit, dia boleh bagi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon filem Tentang Bulan ini turut mendedahkan dirinya kerap diserang keresahan gara-gara mengikuti segala perkembangan yang berlaku di Palestin.
“Sebelum ini, saya memang aktif berkongsi mengenai Palestin di media sosial. Namun, sesuatu telah berlaku kepada saya.
“Saya mengalami keresahan sampai tak boleh tidur kerana melihat video-video bayi yang dibom. Jadi, suami nasihatkan saya untuk kurangkan menonton video tersebut.
“Kini saya perlahan-lahan kembali menggunakan pengaruh saya untuk menyebarkan kesedaran,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lantas, foto yang dimuat naik bekas hos MeleTOP menerusi Instagram itu menerima reaksi pelbagai warganet.
Rata-ratanya memuji penampilan figura terkenal ini yang dilihat memakai tudung bawal dalam warna ungu cair.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah pun menerima lebih 300,000 tanda suka daripada peminat bersama ribuan komen.
Oktober tahun lalu, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Perkara tersebut diberikannya menerusi satu kenyataan ringkas yang diedarkan kepada media dan sekali gus memohon semua pihak mendoakan dia lebih istiqamah dalam memperbaiki diri.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Empat penyanyi dengan empat karakter vokal yang berbeza bergabung, memang meletup!’ Itu yang dapat digambarkan menerusi kerjasama terbaharu dari empat penyanyi iaitu Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah dan Tomok.
Impian untuk menyaksikan gabungan mereka beraksi dalam persembahan konsert masih belum terlaksana ekoran penangguhan konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April lalu di Istana Budaya akibat penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, menerusi perkembangan terkini setakat ini, konsert tersebut dijadualkan akan berlangsung bulan depan pada 11 dan 12 Disember depan.
Mengikut perancangan, Akim, Hazama, Black dan Tomok bakal menyanyikan sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk dipersembahkan pada konsert berkenaan.
Sudah pun dilancarkan, single berjudul “Suara Licik” hasil ciptaan Taja dan lirik oleh Ana Raffali itu disifatkan sebagai unik, bagi Akim.
“Rakaman lagu ini sangat unik. Melodi dan lirik lagu ini sangat bagus. Saya amat gembira dapat menyanyi dan merakam lagu ini bersama tiga rakan lain.
“Kebetulan ketika itu kami nak ada konsert, jadi perlukan satu lagu baru yang dinyanyikan bersama.
“Jadi karya ini sangat menarik untuk kami persembahkan kepada peminat.
“Diakui, merakamkan sebuah lagu bersama Hazama, Black dan Tomok memberi pengalaman luar biasa sebab masing-masing ada karakter dan keunikan suara tersendiri.
“Mereka semua penyanyi yang bagus. Sejujurnya, saya teruja bekerjasama dengan mereka dalam projek ini.
“Apabila bekerja dengan kawan-kawan, kita tak ‘stress’ kerana masing-masing berikan kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain.
“Malah, kami cuba memberikan yang terbaik dalam sesi rakaman,” katanya yang turut berharap ia akan mendapat sambutan baik pendengar.
Pada masa sama, Black turut akui gembira dapat bekerjasama dengan Akim, Tomok dan Hazama.
“Perasaan sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan sahabat yang sama-sama suatu ketika dahulu membina nama dalam industri.
“Komitmen dan semangat yang diberikan mereka bertiga menunjukkan yang mereka juga berasa tidak sabar untuk lagu ini diputarkan. Malah, tidak sabar nak dipersembahkan secara langsung pada konsert.
“Alhamdulillah, kami sudah pun mendapat tarikh baru konsert yang tertunda ini. Insya Allah, kalau tiada aral melintang 11 dan 12 Disember akan berlangsung konsert 4G’s,” katanya lagi.
Manakala bagi Tomok pula, bekerjasama dalam lagu bersama tiga rakan penyanyi lain buat pertama kali menjadi sesuatu yang menarik dan istimewa.
“Alhamdulillah, lagu ini sangat istimewa sebab saya rasa ini pertama kali kami digabungkan bersama dalam satu lagu. Sebenarnya, bergandingan dengan semua sahabat saya ini satu perkara yang sangat menarik.
“Benda susah jadi menarik sebab kami tolong antara satu sama lain.
“Jadi, hasilnya menarik sebab semua kawan-kawan dalam ini. Sepatutnya, lagu kami dipersembahkan pada konsert tempoh hari, tapi disebabkan Covid-19 terbatal namun ia tak mematahkan semangat kami untuk teruskan konsert itu.
“Pada malam konsert itu nanti, kami akan persembahkan kepada semua. Saya sangat ‘looking forward’ pada lagu ini supaya ia diterima dan dekat di hati peminat. Saya harap lagu ini dapat sokongan semua,” katanya lagi.
Sementara itu, Hazama menyifatkan kerjasama dengan Akim, Tomok dan Black istimewa kerana mereka saling memberi tunjuk ajar.
“Pengalaman bersama mereka bukan sahaja dalam lagu ini malah semasa kami bersama-sama di dalam industri. Ketiga mereka ini banyak memberi tunjuk ajar serta boleh menerima pandangan antara pihak yang lain.
“Mereka tidak kedekut memberi ilmu serta memberikan komitmen yang sangat tinggi sewaktu merakamkan lagu ini. Kami juga bukan sahaja sahabat dalam indusri malah sangat rapat di luar pentas,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadhir Nasar mengakui masih mencari pasangan hidup dan tidak menafikan mengimpikan wanita dari Kelantan sebagai suri hatinya.
Menurut pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi...