Pengacara dan penyampai radio, Mat Dan berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isterinya, Nadifa Adnan telah selamat melahirkah cahaya mata ketiga di sebuah hospital swasta di Klang pada malam Khamis.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
Jelas penyampai radio, Molek FM itu lagi, bayi perempuan pertamanya itu telah dilahirkan tepat jam 9.58 malam tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah ia bayi perempuan. Isteri saya telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat cantik pada jam 9.58 malam tadi,” tulisnya.
Katanya lagi, sekiranya tiada apa-apa yang berlaku, isterinya bakal dibenarkan keluar daripada hospital pada Jumaat.
“Well done Nurnadifa Adnan. Saya sangat bangga dengan awak. InsyaAllah hari ini kita boleh balik rumah dan perkenalkan dia kepada Zayne dan Eydan.
“Terima kasih kepada pasukan petugas hospital yang sangat hebat,” ujarnya lagi.
Berita tentang kelahiran cahaya mata terbaru itu turut dikongsikan menerusi laman Instagram Molek FM.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semo isteri dan anaknya itu sentiasa berada dalam keadaan baik.
Sekadar informasi, Mat Dan dan Nadifa telah mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkongsian hidup tersebut tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Zayne dan Eydan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mat Dan