Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik, Fathia Latiff yang sering berkongsi pendapatnya terhadap sesuatu perkara secara terbuka di media sosial tidak kira hal politik mahupun isu semasa.
Nama Fathia sering terpalit dengan kontroversi selepas isu ‘Bigo live’ tahun lalu. Semenjak dari itu, apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon ini pasti akan mendapat perhatian daripada netizen malah ada sahaja yang akan melemparkan kecaman terhadap dirinya.
Semalam, menerusi akaun Instagram Fathia, MH terlihat dia ada memuatnaik satu screenshot yang menyatakan dirinya disyaki telah menyalah gunakan media sosial.
Menurut kenyataan di dalam screenshot itu lagi, Fathia disyaki menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Pelakon ini juga dipercayai turut dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan.
Pada ruang kapsyen pula, Fathia berkata dia ingin seluruh dunia lihat apa yang mereka lakukan padanya malah pelakon ni juga turut menyebut atau ‘tag’ akaun Instagram milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
‘I just want the whole world to see what ‘They’ are doing to me. Cc @chedetofficial. I pon dah delete twitter lama tak update. I need bodyguarddddssss!,” tulisnya pada ruang kapsyen.
Namun begitu, MH dapati Fathia telah memadam postingnya ini selepas beberapa jam dimuat naik.
Sumber: Instagram Fathia Latiff