
Sempena sambutan hari lahir Zahirah Macwilson yang ke-24, Aiman Hakim Ridza telah membawa ‘lari’ si kekasih hati jauh ke Laos.
Beberapa keping foto menunjukkan kedua-duanya sedang menaiki belon udara dengan kapsyen ‘celebrating 24th years 2,200ft above ground.’
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
Pasangan ini dikatakan bercuti ke Laos berdasarkan kepada tulisan yang tertera di belon udara tersebut.
Netizen terus mendoakan kebahagiaan pasangan romantis itu.
Foto – Instagram Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Deposit Akan Hilang Sekiranya…,” – Perlu RM2.73 Juta Lunaskan Pembinaan Masjid Kyoto, Jihan Muse Rayu Sumbangan

Pelawak dan pengacara, Jihan Muse berkongsi cerita perihal Masjid Kyoto, Jepun yang akan mencipta sejarah dengan menyebarkan syiar Islam di kota negara matahari terbit itu.
Kongsi Jihan menerusi laman Instagram miliknya, dia menyatakan kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto sekitar RM3.05 juta di mana deposit yang dijana komuniti Jepun sudah mencecah RM214,200.
Jadi, sebanyak RM2.73 juta masih diperlukan dan deposit mungkin terbatal andai tidak dilangsaikan sebelum 25 Jun 2020 depan.
“MASJID KYOTO. TEGAKKAN SYIAR ISLAM DI JEPUN dengan SELAMATKAN MASJID KYOTO.
“Masjid Quba adalah Masjid pertama yang dibina Rasulullah SAW yang menjadi lokasi pertama disampaikan khutbah serta didirikan solat Jumaat yang disyariatkan.
“Kyoto juga akan mencipta sejarah dimana akan terbina sebuah Masjid yang akan menjadi syiar Islam di negara matahari terbit.
“Kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto ini adalah RM3.05 juta @ 76.7 juta yen.
Muslim Care Malaysia Society mengambil tanggungjawab untuk mengusahakan
dana pembinaan masjid pertama di Kyoto bermula dengan dana deposit sebanyak RM214,200@ 5.5 juta Yen yang telah dijana oleh komuniti di Jepun.
“Kita memerlukan RM2.73 juta lagi untuk melunaskan bayaran pembelian masjid tersebut.
“Deposit akan hilang sekiranya baki dana sebanyak RM 2.73 juta @ 68.5 juta yen gagal diselesaikan, akan berisiko kontrak terbatal dan kehilangan 5.5 juta yen (RM214,200) deposit.
“Keselurahan baki perlu dijelaskan sebelum 25 Jun 2020.
“Jom kita rebut peluang dengan mengekalkan amal kita sebagai saham akhirat yang manfaatnya sehingga kiamat.
“Sumbangan saham akhirat anda boleh disalurkan melalui akaun Muslim Care Malaysia Society,” tulisnya sambil disertakan dengan akauan bagi mereka yang bermurah hati mahu memberikan sumbangan.
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
Foto : Instagram Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Damian Mikhail Peluk Islam 16 Tahun Lalu, Kini Lancar Lagu Ketuhanan… Pilih Maryam Muncul Dalam MV

Penyanyi Damian Mikhail kini muncul dengan single pertama berjudul Hidayah dan ia menjadi momen istimewa kerana buat julung kali, dia memberanikan diri menyampaikan sebuah lagu bertemakan ketuhanan secara solo.
Lagu ini hasil ialah ciptaan sepenuhnya Adi daripada kumpulan nasyid Saujana dan diterbitkan secara eksklusif bersama Azalinor Saujana.
Single ini menceritakan mengenai hidayah iaitu petunjuk daripada Allah SWT kepada insan yang terpilih.
Hidayah seringkali sinonim dengan insan yang baru memeluk agama Islam. Namun, hidayah itu sendiri merangkumi sesuatu perkara yang lebih menyeluruh.
Malah, susunan muziknya cukup sederhana sesuai dengan mesej hidayah itu yang merupakan sesuatu yang masih segar buat saudara baru.
Hanya iringan gitar dan cello sudah cukup menghadirkan rasa tenang dan damai bagi mereka yang mendengarkannya.
Ia mendapat sentuhan pemuzik yang berpengalaman iaitu Syafiq Vai (gitar) dan Nazrin (cello) daripada kumpulan SOG.
Cukup istimewa, muzik video Hidayah ini mengetengahkan seorang saudara baru iaitu Maryam Narae, selebriti yang berasal dari Korea Selatan.
Dia yang turut dikenali sebagai Maryam DurianKimchi, berjaya menyentuh hati penonton walaupun muzik video ini tidak menampilkan Damian.
Untuk rekod, kedua-dua mereka memeluk Islam sebagai persediaan pernikahan dengan pasangan masing-masing.
Namun begitu, perjalanan hidayah Damian telah hadir lama sebelum dia mendirikan rumah tangga iaitu selepas di bangku sekolah lagi apabila sering berkawan dengan sahabat-sahabat beragama Islam.
Lagu ini diterbitkan oleh Scriptology Sdn Bhd dengan edaran digital Euphoria Music dan sudah boleh ditonton di YouTube sejak 1 April lalu.
Dalam perkembangan lain, Damian juga bakal beraksi di showcase solonya yang pertama pada 31 Ogos ini jam 8.00 malam di Cafe LiberalLatte, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ketika Saya Difitnah Orang Mengecam…,” – Aliff Syukri Bakal Lancar Lagu Baru, Klip ‘Menangis Air Mata Darah’ Cetus Perhatian

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan single batu berjudul Ingin Bahagia yang dijadual akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat atau Isnin depan.
Perkara itu dimaklumkannya menerusi satu entri IG TV pada Selasa.
Sambil memohon doa agar lagu tersebut berjaya lolos di Anugerah Juara Lagu tahun hadapan, Aliff menerusi ruangan kapsyen ada menyatakan tiada apa yang lebih berharga di dunia ini selain kebahagiaan.
“Lagu baru teaser sy… ketika sy di fitnah org mengecam melampau2 dan sy terdiam bukan sebb bersalah ttpi biar pihak berkuasa yg menjalankan tugas.. ..kalau bukan salah sy biarkan korang tnggung nanti… saya sedih .. apa pun sy maaf kan sahaja.
“Bagi sy.. Tiada benda lain di dalam dunia ini yang paling berharga iaitu kebahagiaan.. Ya ALLAH Ya Tuhanku, Engkau kuatkanlah Hati aku, Engkau kuatkanlah Iman aku sebaiknya. Aku sentiasa tabah untuk meneruskan kehidupan ini.
“Dan Engkau berikanlah aku kebahagiaan kerana tiada benda yang paling penting selain kebahagiaan.
“Lagu ini akan sy relase jumaat atau isnin ini nantikan,” tulisnya.
Menerusi video pendek yang dikongsikan, Aliff dilihat sedang menyanyi dalam keadaan sebak lalu ‘air mata darah’ mulai keluar lalu membasahi baju putih yang dipakai.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan ada di antara reaksi yang ditinggalkan mendapat respon dari bapa kepada lima cahaya mata ini.
Pada masa sama, ada juga yang membayangkan video klip tersebut seolah-olah sama dengan muzik video penyanyi antarabangsa, Billie Eilish berjudul When The Party’s Over.
Sehingga kini, video ada entri tersebut sudah pun ditonton lebih 200,000 kali.
Aliff sebelum ini pernah muncul menerusi beberapa single yang mendapat perhatian ramai antaranya Abang Nak Tegur dan Bobo Di Mana.
Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI