Pelakon, Zahirah Macwilson memaklumkan dia bersama suami, Aiman Hakim Redza kini dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Australia.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Zahirah menerusi sebuah hantaran di Instagram stories miliknya.
Menurut Zahirah, dia bersama Aiman berkemungkinan akan pulang semula ke Malaysia tahun hadapan.
Malah ia juga menunjukkan seolah-olah memutuskan untuk melahirkan anak mereka ketika berada di sana.
“After days of restless night. See you next year Malaysia. We love you guys, thank you for all the kind of doas.
“InsyaAllah when we return, there will be three of us,” tulisnya
Sementara itu, ibu kepada Zahirah, Maslinda Yusoff turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan melibatkan anak dan menantunya itu dipermudahkan.
“Di waktu-waktu Covid 19 sekarang ni banyak betul dugaan-dugaan yang mereka lalui untuk pulang ke Perth. Syukur Alhamdullilah Allah telah perkenankan doa-doa kami supaya segala urusan anak-anak kami dipermudahkan.
“Now, they are on the way home, I am so overwhelmed and grateful to Allah. Have a safe flight kak and Aiman, we will see you after your two weeks quarantine. Love you guys so much,” kongsinya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Maslinda menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan selamat jalan selain turut mendoakan semoga segala urusan Aiman dan Zahirah sewaktu berada di Australia dipermudahkan.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson & Maslinda Yusoff