Pelakon senior, Zila Bakarin meluahkan kegusarannya melihat realiti masa kini yang dihadapi golongan kurang bernasib baik untuk turut sama mengikuti pembelajaran secara atas talian.

Menurut Zila, tidak semua ibu bapa mampu untuk menyediakan kemudahan pembelajaran atas talian lebih-lebih lagi buat mereka yang miliki anak yang ramai.

 “Dah beberapa hari anak-anak online class. Bila sama-sama dengan diorang masa online, aku tengok tak ramai jugak murid yang ada. Setahu aku satu kelas lebih kurang 22 orang. Mana yang lain?

“Hari tu aku terbaca seorang ibu bagi tahu cikgu anak dia tak boleh online sebab phone ada satu. Ibu tu punya. Anak ada tiga. Masa online sama. Macam mana tu cikgu? Allahu luluh hati aku dengar,” tulisnya.

Ads

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Khamis.

Dalam pada itu, Zila turut berharap agar peluang pekerjaan dapat diperluaskan bagi meringankan beban buat mereka yang kurang bernasib baik.

Ads

“Mulalah terfikir kalaulah aku dapat bantu. Itu seorang! Berapa ramai lagi yang tak mampu adakan phone, tab dan laptop untuk anak-anak online dan belajar.

Ads

“Itu kita cerita pasal gajet. Wifi? Semua tu duit? Pada yang mampu tak rasa. Duit 80 keturunan boleh hidup. Pada yang tak? Itu baru cerita pasal pembelajaran anak-anak. Tak masuk yang lain lagi #kamiperlukerja,” akhirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Zila selain turut berharap agar pihak kerajaan dapat memikirkan solusi bagi permasalahan ini.

Sumber: Instagram Zila Bakarin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI