Alam maya kecoh apabila seorang remaja lelaki, Will Connolly bertindak memecahkan sebiji telur di atas kepala senator Australia, Fraser Anning selepas dia mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan tindakan terroris atas kejadian tembakan rambang yang mengorbankan 50 mangsa di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.
Will diangkat sebagai hero apabila tindakan beraninya seolah-olah merealisasikan impian majoriti masyarakat marah dengan kenyataan melampau Anning.
Diberi gelaran ‘egg boy’, sensasi terbaharu internet ini nyata telah menerima ratusan ribu penyokong sekelip mata apabila laman sosialnya meningkat lebih 200,000 pengikut hanya dalam masa sehari.
Netizen turut mengecam Anning apabila bertindak menumbuk wajah Will dua kali sebagai membalas tindakan remaja berusia 17 tahun itu.
Ditahan selepas kejadian, Will bagaimanapun dibebaskan tanpa sebarang dakwaan.
Foto – Instagram Will Connolly