“Wongshe Wongshe Wongshe,” – Gara-Gara Babak Ini Dalam Nur2, Uchee Fukada Terus Jadi Trending!

Share

Tular beberapa hari ini watak jiran sebelah rumah Nur, yang dikenali sebagai Uchee Fukada.

Semuanya gara-gara gelagat ‘membebel’ kepada Ustaz Adam menerusi salah satu babak dalam drama berkenaan. 

Trademark kata-kata ‘wongshe wongshe wongshe surat khabar cina, wongshe wongshe ustaz Adam,”

terus menjadi sebutan dalam perbualan netizen.

Malah, wujud #ucheehanatchallenge di laman sosialnya yang dilihat kian menjadi ikutan netizen.

Ustaz tahu tak ustaz tu siapa? Ustaz tu golongan agamawan tau! Satu Malaysia kenal ustaz tu siapa. Lain la kitaorang ni nak bawa lelaki 10 dozen keluar masuk sekali pun..

“…takde siapa yang kisah. Tapi kalau ustaz buat macam tu, satu hari nanti satu Malaysia ni tahu, masuk surat khabar Cina, wongshe3 ustaz Adam..

“…wongshe3 kena tangkap basah.. Kalau masa tu ustaz ketuk pintu rumah saya minta tolong, tak ingin saya nak tolong!,” katanya.

“Susah nak cakap dengan orang takpaham bahasa ni. Nak kena cakap bahasa lain ke Ustaz Adam @syafiqkylez ??? Jumpa malamni guys! #nur2#wongshewongshe.”

Terdahulu, Uchee Fukada merupakan pembantu pengarah drama 15 episod berkenaan. 

Malah, dia pernah terlibat dalam pembikinan drama lain, antaranya Shhh… I Love You.

Foto : Instagram Uchee Fukada

Published by
Noraini Abd Wahab