Penyanyi asal Indonesia, Agnez Mo mencatat rekod manis dalam kerjaya muziknya di Amerika Syarikat apabila memenangi Anugerah Social Star di iHeart Radio Awards 2019 yang telah berlangsung meriah di Microsoft Theater, Los Angeles, semalam.

Selain bersiaran secara langsung, kemenangan penyanyi tersebut turut dimaklumkan menerusi Instagram @iheartradio.

IKLAN

Terdahulu menerusi kategori yang dipertandingkan, penyanyi berkenaan bersaing dengan calon lain seperti Bhad Bhabie, Dylan Minnette, Joji, Lele Pons, Loren Gray, Mason Ramsey, Queen Naija, Tana Mongeau dan Trixie Mattel.

Hadir mengambil sendiri anugerah yang diraihnya hasil undian secara online itu, Agnes tampak chic menerusi persalinan gaun mini kembang lengkap mengenakan boot hitam.

IKLAN

IKLAN

Edisi kali ini cukup meriah dengan penampilan dan persembahan artis terkenal Hollywood seperti Taylor Swift, Alicia Keys, John Legend dan ramai lagi.

Foto: Instagram Agnes Mo, iHeart Radio

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI