Wow! Aliff Syukri Tawar RM1k Atau iPhone Pada Netizen Terpilih Buat Parodi Lagu Raya Kontroversinya

Share

Kecoh di media sosial apabila lagu raya usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Jom Raya menjadi bualan netizen.

Selepas isu pemilihan duet antara Zizi Kirana dan Nur Sajat menjadi bualan, akhirnya Aliff memilh Zizi sebagai rakan duetnya.

Dek terlalu teruja dengan lagu terbarunya itu, Aliff dilihat turut menari depan ibunya, Rozita Ibrahim dan isteri, Datin Seri Nur Shahida.

Aduhai…gelagat usahawan selebriti ini memang tak kering gusi, bersungguh-sungguh dia menari.

“Ada yg dah mula teriangan ingang llagu #jomraya saya tak?? cer komen d di bawah.. susah kalau dpt mak tak reti meghargai bakat seni saya ni @bondarozitaibrahim .. bermula khamis ni siapa yg buat dance,tiktok, perodi lagu saya akan pilih utk dpt duit raya bernilai rm1000 atau iphone.. soo jgn lupa ingat step okey utk join dan tag kawan korang yg suka buat perodi lagu yaa👍🏻👍🏻

“Insyallah khamis ni akan boleh di demgar di smua corong redio dan youtube saya tv terlajaklaris..jgn lupa tauu,” tulisnya.

Bagaimanapun, reaksi ibu dan isteri Aliff nampaknya seakan ‘melayan’ sahaja gelagat usahawan kosmetik itu.

Malah, ibunya telah meninggalkan komen terhadap video tersebut.

Selain itu, netizen turut terhibur dengan gelagat Aliff.

Sehingga kini, gelagat Aliff telah mendapat hampir setengah juta tontonan.

Kepada mreka yang tidak sabar dengan lagu Jom Raya nyanyian Aliff dan Zizi Kirana, jangan lupa untuk tonton di Youtube bermula esok.

Video : IG Aliff Syukri

Published by
Amynur Akmal