Tiga penyanyi rap wanita popular iaitu Arabyrd, Hullera dan Sophia Liana bergabung dalam single rap terbaru yang berjudul ‘Hal’.

Seringkas tajuknya, Hal diciptai sendiri oleh Arabyrd, Hullera dan Sophia Liana sendiri, sementara ia mendapat sentuhan dan olahan DJ tempatan dan penerbit muzik, DJ Ziqq bersama SonaOne.

Wow! Arabyrd, Hullera & Sophia Liana Bergabung, Buat ‘Hal’ Dalam Single Rap Terbaru

Arabyrd mengakui, idea tersebut terhasil selepas melihat kian ramai penyanyi rap wanita yang beranikan diri ke depan dalam industri seni lokal.

“Saya lihat semakin ramai penyanyi rap wanita tanah air yang muncul di persada muzik lokal dan ini merupakan suatu perkembangan yang sihat.

“Tatkala itu, saya mengambil kesempatan ini untuk berkolaborasi bersama Hullera kerana beliau masih muda dan sangat berbakat, manakala Sophia Liana  merupakan penyanyi rap daripada kumpulan De Fam yang sudah berpengalaman dan disegani,” katanya.

IKLAN

Hullera pula menjelaskan mengenai maksud di sebalik single berkenaan.

“Ia membawa mesej memperkasakan wanita di mana setiap hari kaum hawa berdepan dengan pelbagai cabaran dan perlu berdikari dan harus berani dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

“Selain itu kita juga perlu berdiri di atas kaki sendiri dan jangan ambil peduli dengan apa orang luar kata tentang kita selagi kita tidak buat ‘hal’,” jelasnya.

IKLAN

Sementara itu menurut juara pertandingan realiti Dansa Dan Sing musim pertama, Sophia Liana, masing-masing bebas dalam meluahkan ‘Hal’ dengan cara sendiri.

“Setiap seorang daripada kami diberi kebabasan yang sepenuhnya dalam meluahkan setiap ‘Hal’ dalam single tersebut dan peluang bekerjasama bersama Arabyrd dan Hullera merupakan pengalaman sangat berharga.

“Banyak banyak yang kami belajar selain bertukar- tukar pendapat sewaktu proses rakaman sedang berlangsung,” jelasnya.

“Terima kasih yang tidak terhingga buat Loka Entertainment kerana mempercayai ‘Hal’ dan saya berharap agar penggemar muzik bergenre hip hop di luar sana dapat menerima hasil karya kami bertiga.

IKLAN

“Saya juga tidak sabar untuk melalui fasa seterusnya bersama wanita-wanita hebat ini,” kongsi Arabyrd.

Video muzik rasmi ‘Hal’ telah dilancarkan pada 27 Mac 2020 dan diterbitkan oleh Gushcloud Malaysia, Amar Halim dan Zakwan Azizan, dan diarahkan oleh Atong dan Bibo.

‘Hal’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik single ini juga boleh di tonton di saluran Youtube dan sehingga kini, ia sudah pun ditonton hampir 50,000 tontonan.

Wow! Arabyrd, Hullera & Sophia Liana Bergabung, Buat ‘Hal’ Dalam Single Rap Terbaru

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI