Suatu kejayaan tersendiri telah direkodian filem animasi, Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal yang sehingga kini telah merekodian pungutan sekitar RM25 juta hanya dalam tempoh tiga minggu dia ditayangkan di pawagam.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram rasmi Upin & Ipin awal malam tadi.
“RM25 Juta dalam masa 3 minggu dengan penonton menghampiri 2 Juta. Mencipta rekod kutipan tertinggi bagi filem animasi tempatan dan antarabangsa termasuk mengalahkan rekod kutipan tertinggi terdahulu filem animasi antarabangsa iaitu Incredibles 2.
Ads
“Terima kasih semua! Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Mari kita angkat filem ini menjadi filem tempatan paling berjaya di Malaysia dan Antarabangsa,” dedikasi yang tertera menerusi ruangan kapsyen.
Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal mengisahkan pengembaraan dua beradik itu yang digarap dengan beberapa karakter daripada kisah hikayat dongeng Melayu lama.
Antaranya Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam, Si Tanggang dan banyak lagi.
Ads
Filem berkenaan telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Mac lalu dan masih lagi ditayangkan setakat ini.
Foto: Instagram Upin & Ipin Official
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa sedih dan simpati selepas melihat nasib mangsa di Palestin yang terlibat serangan udara di Gaza.
Malah, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad menzahirkan rasa kekesalan dan bersalah dalam diri apabila membanding nasib yang dialami oleh rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
“Rasa bersalah. Rasa bersalah bila berbuka kita ada makanan banyak tak terhingga. Siap boleh pilih nak berbuka buffet hotel mana, sedangkan mereka dah berapa hari (atau mungkin minggu) berbuka dengan duka & linangan air mata.
“Rasa bersalah bila dua tiga minggu nak raya, kita sibuk shopping sakan. Online shop tudung, baju, telekong, kuih raya dan sebagainya, sedangkan mereka belum tentu bertemu Syawal.
“Rasa bersalah bila kita marah sebab tak boleh balik kampung halaman sebab PKP, tapi mereka kehilangan insan tersayang kerana dibom sana sini. Kita yang tak mengalami tidak bermakna kita tak boleh merasai. Mungkin agak mustahil untuk kita membantu mereka di sana secara fizikal,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengacara berusia 29 tahun ini mengharapkan agar orang ramai untuk sentiasa mendoakan agar rakyat di Palestin dilindungi Yang Maha Esa.
“Tetapi, sentiasa titipkan doa buat mereka, dan terus sebarkan di media sosial kita tentang keganasan yang sedang berlaku di bumi Islam saat ini.
“Biar dunia sedar tentang kekejaman yang berlaku di Palestine dan negara2 lain yang sedang ditindas. Bukan hanya kes George Floyd yang wajar didengari, tetapi jutaan kes2 lain yang tidak diadili.
“Semoga Allah lindungi kita semua dari kejahatan, keganasan, kesengsaraan & semoga dunia kembali sejahtera #palestine,” tulisnya lagi.
Hangat atmosfera seni dunia apabika bintang sensasi Hollywood Jennifer Lopez dikatakan sudah menjadi tunangan kepada bekas pemain baseball, Alex Rodriguez.
Pasangan ini masing-masing telah berkongsi sekeping gambar di laman media sosial Instagram.
Menariknya, gambar tersebut merakamkan Alex sedang memegang tangan J.Lo yang sedang memakai cincin sebagai tanda simbolik.
Menurut sumber lain, cincin yang diterima oleh penyanyi berusia 49 tahun itu bernilai hampir 5 Juta USD!
Apapun, kisah cinta penyanyi On The Floor ini bukan suatu hal baru, kerana J.Lo pernah beberapa kali dikaitkan dengan barisan lelaki kacak ini. Antaranya;
Sekitar tahun 1997, J.Lo telah berkahwin dengan seorang pelayan Cuba bernama Ojani Noa. Namun mereka telah bercerai pada awal tahun 1998.
Selepas itu, J.Lo yang ketika itu sibuk menyiapkan album pertamanya yang berjudul ‘On the 6’ dikhabarkan bercinta bersama penyanyi rap dan penerbit rakaman bernama Sean Combs sekitar tahun 1999.
Menyedihkan, apabila pasangan ini telah ditahan pihak berkuasa atas dakwaan memiliki senjata secara haram dan harta curi.
Pasangan ini dilaporkan berpisah selepas J.Lo telah dilepaskan oleh pihak berkuasa.
Sejurus itu, J.Lo dikhabarkan bercinta bersama dengan bekas penari bernama Cris Judd dan mereka telah berkahwin pada tahun 2001 namun perkahwinan itu tidak kekal lama, J.Lo dan Cris berpisah pada tahun 2002.
Tidak pernah mengalah, J.Lo telah menjalinkan hubungan bersama seorang berprofil status tinggi, Ben Affleck yang merupakan seorang pelakon dan pengarah. J.Lo dan Ben bertunang sekitar tahun 2002 dan telah merancang untuk berkahwin pada tahun 2003.
Mengejutkan, apabila Ben telah memaklumkan kepada media untuk menangguhkan tarikh perkahwinannya bersama J.Lo 4 hari sebelum hari perkahwinan atas alasan ada beberapa gangguan daripada pihak media.
Selepas beberapa bulan insiden itu, J.Lo sendiri telah mengumumkan secara rasmi bahawa dia telah berpisah bersama Ben.
Kemudian, J.Lo telah mendirikan rumah tangga bersama Marc Anthony yang merupakan seorang penyanyi pada tahun 2004. Mereka telah dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Maximilian David dan Emme Maribel pada tahun 2008.
Pasangan ini telah mengumumkan telah berpisah pada tahun 2011 dan telah menfailkan penceraian pada tahun 2012. Pada tahun 2014, pasangan ini telah bercerai secara rasmi.
Terkini, penyanyi J.Lo secara rasmi telah menjadi tunang kepada bekas pemain baseball Alex Rodriguez pada 9 Mac 2019. J.Lo dan Alex telah menjalinkan hubungan percintaan sekitar awal tahun 2017.
Terdahulu, Alex juga penah berkahwin bersama Cynthia Scurtis namun telah bercerai pada tahun 2018. Alex dan bekas isterinya dikurniakan 2 anak bernama Natasha dan Ella.
Sumber : Instagram J.Lo dan Twitter E! News
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Azar Azmi mendedahkan, dia pernah lambat hampir dua jam ke sesi penggambaran drama terkini lakonannya berjudul Derita Untuk Bahagia.
Menurut Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, insiden tersebut berlaku oleh kerana dia terbangun lewat gara-gara dirinya terlalu letih.
Bagaimanapun, pelakon berusia 32 tahun ini mengakui kesilapan dirinya lalu memohon maaf kepada produksi terutamanya rakan pelakon, Hafreez Adam yang turut menjadi bintang utama menerusi drama bersiri terbabit.
“Sepanjang menjalani pengambaran drama ini, ada sekali saya mengaku, terlalu letih sekali gus membuatkan saya datang lewat ke set penggambaran.
“Sampai ke hari ini, saya rasa bersalah sangat terutama sekali dengan Hafreez. Saya mengaku kesilapan yang telah berlaku.
“Jadi saya mengambil peluang memohon maaf kepadanya dan alhamdulillah semuanya berjalan seperti biasa,” katanya.
Azar yang juga finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini mendedahkan perkara tersebut menerusi sesi bersama media yang dilakukan secara virtual, pada Selasa.
Sementara itu, Hafreez pula menyifatkan gandingannya itu sebagai pelakon yang komited serta berdeikasi meski pernah datang lambat ke set pengambaran kerana hal yang tidak dapat dielakkan.
“Pengalaman saya berkerja dengan Azar, dia sangat senang sebab dia memberi kerjasama yang baik. Saling membantu antara satu sama lain.
“Bukan itu sahaja, untuk mendapat keserasian dengan Azar sangat mudah meski kami digandingkan buat kali pertama.
“Seorang yang fokus meski dia sibuk uruskan perniagaan pada waktu yang sama. Jadi pada saya Azar ni seorang yang sangat berdedikasi dan komited,” kata Hafrezz.
Drama Derita Untuk Bahagia arahan Ejump Mohd terbitan oleh produksi MIG Productions Sdn Bhd. ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Amar Baharin, Jasmin Hamid, Marisa Yasmin, Dayang Areeda dan ramai lagi.
Drama ini bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima, mulai 7 Jun dan boleh boleh distrim di platform On Demand dan aplikasi Astro Go.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!