Uncategorized

Wow, Elvina Terima Hadiah Seekor Kuda Dari Bakal Suami!

Share

Pergh, beruntung badan betul Elvina, jika pasangan lain mendapat bunga dan sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka bersama pasangan, Elvina pula dapat seekor kuda dari kekasihnya yang bakal bergelar suami tidak lama lagi!

Menurut laporan portal Astro Gempak, bakal suami kepada pelakon itu, Datuk Mohd Haniff Borhan telah menghadiahkannya seekor kuda baka Argentina sebagai tanda cintanya kepada pelakon tersebut.

Menurutnya, pemberian itu sebagai simbolik ‘selamat datang ke dunianya’ khas buat Elvina.

“Saya mahu dia masuk ke ‘dunia’ saya iaitu sukan polo dan sukan permotoran jadi saya hadiakan dia seekor kuda.

“Malah saya ada mengajarnya cara-cara menunggang kuda dan teknik ringkas bermain sukan polo berkuda.” katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun, Haniff memberitahu ia bukanlah hadiah untuk majlis perkahwinan.

“Kuda yang diberi nama Indiana itu bukanlah hadiah untuk majlis perkahwinan atau meraikan apa-apa,” jelasnya.

Haniff dan Elvina bakal berkahwin tidak lama lagi pada 18 Mac akan datang dan bakal melangsungkan majlis resepsi di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur 24 Mac nanti.

Published by
Lany Azman