Wow! Indo Pek Tawar Kandungan Serba Baru Dalam Format HD, Ini 2 Saluran Baru Yang Turut Diperkenalkan Astro

Share

Mulai 23 Mei ini, dua buah saluran HD baharu iaitu Astro Rania HD (112) dan Astro Aura HD (113) akan dilancarkan buat pertama kali menerusi Pakej Indo Pek.

Malah ia turut diperbaharui dengan pengisian lebih padat, dinamik dan terkini merangkumi pelbagai genre untuk hiburan tontonan seisi keluarga.

Untuk pilihan yang fleksibel, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.

Program yang disiarkan di kedua-dua buah saluran ini juga turut disertakan dengan sarikata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Astro Rania HD merupakan sebuah saluran hiburan yang mengetengahkan variasi kandungan seperti sinetron, telefilem dan program realiti.

Manakala saluran Astro Aura HD pula lebih menfokuskan kepada pelbagai format kandungan berkaitan muzik terutamanya dangdut.

Sebagai pembuka tirai, sinetron ‘Cinta Buta’ yang pernah tercalon dan diiktiraf menerusi pelbagai kategori di SCTV Awards 2019 dan Festival Film Bandung 2019 bakal dibawakan secara eksklusif.

Selain itu, program realiti Dangdut No 1. Indonesia, ‘Liga Dangdut Indonesia’ dan ‘Golden Memories’ anjuran stesen Indosiar juga bakal ditayangkan.

Istimewa sempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, akses pratonton komplimentari untuk saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD ini juga akan dibuka istimewa buat kesemua pelanggan Astro mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.

Dengan pelancaran dua saluran baharu ini, dua buah saluran asal dalam Pakej Indo Pek iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142) akan ditamatkan perkhidmatan siarannya bermula 1 Jun 2020, jam 00:01.

Sementara itu, Raja Jastina Arshad, selaku Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara berkata, Astro sentiasa memperkenalkan pelbagai pembaharuan dinamik bagi menambah baik mutu perkhidmatan terutamanya daripada segi kualiti dan fleksibiliti agar berbaloi dengan nilai bayaran yang dikenakan.

Buat pertama kalinya kualiti siaran kandungan dalam Pakej Indo Pek dinaik taraf ke format definisi tinggi menerusi dua saluran baharu iaitu Astro Rania HD dan Astro Aura HD sebagai daya penarik utama untuk memberikan kepuasan pengalaman menonton yang optimum kepada para pelangganyang gemarkan kandungan hiburan terkini dari negara seberang.

“Kini, akses penuh ke seluruh kandungan tersebut juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand.

“Jalinan perhubungan rangkaian dan kolaborasi strategikdengan rangkaian stesen televisyen utama dari Indonesia iaitu Indosiar dan SCTV juga telah mengukuhkan lagi aspirasi Astro untuk terus membariskan program hiburan Indonesia

terkini yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan,” katanya.

Pakej Indo Pek mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan masih menerima sambutan positif daripada kalangan peminatnya yang tersendiri sehingga kini.

Pelanggan Astro boleh terus menikmati kandungan yang ditawarkan menerusi saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD selepas tempoh pratonton komplimentari tamat dengan melanggan pakej Indo Pek.

Untuk melanggan pakej ini, sila ke saluran 200 atau layari laman rasmi di www.astro.com.my

Published by
MH