Kalau dulu kita teruja melihat sepakan gol daripada salah seorang pemain bola sepak negara, Faiz Subri yang melakukan sepakan gol ajaib sehingga melayakkan dirinya memenangi Anugerah Puskas Fifa pada tahun lalu.
Kali ini seluruh dunia sekali lagi tertumpu kepada satu sepakan penalti yang dikatakan ajaib dalam satu perlawanan di Thailand.
Gol penalti ajaib ini dirakamkan di dalam satu video dan ianya menjadi tular setelah dimuat naik ke sebuah akaun Facebook baru-baru ini.
Rakaman video ini telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan.
Mari kita lihat video gol penalti ajaib yang sedang tular ini.
Siapa sangka, bola yang disangka sudah tersasar keluar dari gawang gol akhirnya berpatah semula ke dalam gawang.
Ketika bola itu dilihat terpelanting keluar akibat terkena tiang gol, penjaga gol sudah berlari melulu ke hadapan tanda gembira namun kegembiraannya hanyalah sementara.
Ads
Menurut satu sumber, video ini dirakam dalam satu perlawanan antara Bangkok Sports Club dan Satri Angthong.
Kata sumber, perlawanan itu terpaksa di bawa ke penentuan sepakan penalti selepas masa penuh berakhir dengan mata seri daripada kedua-dua pasukan.
Ads
Pertama kali melihat video ini, tercuit rasa hati apabila menyaksikan sesuatu yang di luar jangkaan.
Daripada apa yang dilihat menerusi video ini timbul satu kesimpulan, kalau sudah tertulis ada rezeki kemenangan buat kita walau sudah dihujung tanduk perlawanan sekalipun pasti kemenangan tetap menjadi milik kita.
Tahniah kepada pasukan yang memenangi perlawanan tersebut.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida berpandangan denda ganti rugi berjumlah RM10,000 yang dikenakan kepada pelakon, Amelia Henderson dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama bersama syarikat produksinya adalah sangat sedikit.
Bagaimanapun, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang tetap menghormati keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah.
“Peguam saya belum dapat lagi alasan bertulis penghakiman. Tapi secara ringkas saya dimaklumkan peguam bahawa pertama, mahkamah bersetuju berlakunya pelanggaran kontrak seperti yang saya tuntut.
“Walaupun begitu jumlah RM10,000 yang diberikan dengan hormat saya berpendapat adalah rendah,” katanya dalam satu kenyataan yang diberikan kepada pihak media.
Pada masa sama, A Aida turut memaklumkan dirinya akan berbincang dengan pihak peguam bagi tindakan susulan.
“Kedua, untuk fitnah, saya tidak dapat komen kerana ia adalah discretionary atas pemahaman posting tersebut dan mahkamah tinggi mendapati ia bukan fitnah.
“Saya menghormati keputusan mahkamah tinggi dan akan berbincang lanjut dengan peguam samada perlu atau tidak untuk merayu lanjut ke mahkamah rayuan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, A Aida turut mengingatkan para pelakon untuk sentiasa menghormati kontrak yang telah dipersetujui bersama.
“Apa yang jelas, apa yang pernah saya perjuangkan, berlakunya langgar kontrak telah turut diperakui oleh mahkamah tinggi dan mahkamah turut menasihati kepentingan menghormati kontrak.
“Saya rasa kita perlu lihat secara menyeluruh keputusan mahkamah tinggi tersebut dan nasihat yg telah diberikan oleh Yang Arif tentang pentingnya menghormati kontrak,” katanya lagi.
Terdahulu, memetik laporan Kosmo, Amelia berjaya dalam rayuannya bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia hanya perlu membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah 5 peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini (keputusan dibuat).
Sebelum ini, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd pada 18 April lalu.
Penghakiman di Mahkamah Sesyen itu mengatakan mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Selain itu, Penghakiman mahkamah juga mendapati Amelia sendiri bersetuju membintangi drama itu selain turut bersetuju watak yang ditawarkan iaitu “Aira” yang mana Amelia adalah heroin dalam drama tersebut.
Justeru mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am selain faedah 5% kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.
Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datuk A Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, penghibur terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza masih sempat memenuhi undangan media Indonesia meski sibuk melakukan persiapan akhir siri konsert solonya, Siti Nurhaliza On Tour yang bakal berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Menerusi laman Twitter seorang pengguna akaun Alan Al Padat, penyanyi Anta Permana yang turut sinonim dipanggil Tok Ti itu diundang ke stesen radio di sana, Hot 93.2 FM beberapa hari lalu.
Segmen bersama Tok Ti antara lain juga meminta penyanyi berkenaan untuk meneka beberapa buah lagu dan antara lagu yang berjaya diteka Tok Ti ialah Gerimis Mengundang, nyanyian Zamani dari kumpulan Slam.
Pada awalnya, dua penyampai radio berkenaan membaca lirik lagu tersebut dan kemudiannya Tok Ti diminta untuk meneka lagu yang dimaksudkan.
Lalu, sedutan video tersebut kini mulai tular di media sosial apatah lagi rata-ratanya kagum dengan cara penyampaian penyanyi itu yang tetap merdu meski hanya menyanyikan sebahagian lagu berkenaan secara bersahaja.
Lebih mengundang tawa, penyanyi asal Pahang itu turut meniru gaya nyanyian penyanyi asal dan kebanyakan netizen menganggap apa yang dibuat secara spontan Tok Ti itu cukup comel.
Terdahulu, Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour ini bakal bermula hari ini, di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dan kemudian ke lokasi seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019.
Peminat di Malaysia boleh menyaksikan konsert itu di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 depan.
Tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1295 (meet & greet) boleh didapati menerusi www.mytickets.asia bermula 26 Disember lalu.
Foto: Twitter Alan Al Padat/Instagram Zamani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!