Oh my gawd! pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 (SPM), Dr Amalina Bakri mendapat perhatian netizen apabila dia akhirnya memuat naik foto bersama teman lelakinya.
Sebelum ini, dia mengakui mempunyai kekasih hati namun belum pernah menunjukkan wajah jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu.
Menerusi satu gambar di Twitter miliknya, Amalina memuat naik kapsyen mengakui bahawa lelaki yang bergambar mesra dengannya itu adalah teman lelakinya.
“Visiting Oxford for the day- the great hall of Harry Potter. Yes to answer your question, he’s my boo,” tulisnya.
Dalam pada itu, terdapat beberapa momen menerusi ruangan Instagram story milik Amalina juga mengenai ‘travel date’ bersama teman lelakinya itu.
Ternyata perkongsian Amalina mendapat banyak respon daripada ‘follower’nya yang rata-rata memuji keserasian pasangan tersebut.
Ada juga yang mengharapkan pasangan tersebut berakhir di jinjang pelamin. Apa-apapun, MH sejujurnya lebih terhibur melihat kawasan Oxford dalam video Amalina itu.
sumber: Twitter Dr Amalina Bakri