“Wow Nampak Spender!”- Syamel ‘Melaram’ Pakai Baju Kurung Moden, Warna Merah Saga Lagi!

Share

Bahang Syawal agaknya, penyanyi Syamel ada berkongsi foto dan video lucu gara-gara mahu promosikan barang jualan, rela mengenakan baju kurung moden di sebuah karnival jualan, baru-baru ini.

Difahamkan, Syamel dan rakan niaganya, Ernie Zakri turut mengambil peluang untuk promosikan baju Kurung dan Melayu mereka di karnival jualan berkenaan.

“Saya masih di PWTC. Mai lerrr : @erniezakri”tulisnya.

Lalu foto yang dikongsi oleh penyanyi lagu Kau Pun Sama itu lantas menjadi perhatian peminat.

Rata-ratanya terhibur dengan gelagat Syamel. Malah, rakan selebriti turut sama meninggalkan komen yang pelbagai.

Alahai, ada ada saja adegan kelakar yang Syamel akan buat. Kalau tak kelakar, tak sah kan?

Foto : Instagram Syamel

Published by
Nazar Rafiqhi