Penampilan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sebagai Juri Pedas rancangan realiti nyanyian Big Stage 2022 musim keempat yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ‘memancing’ perhatian.

Ini kerana, penampilan bintang yang sinonim dengan lagu Cintaku 100% itu dilihat tampil eksentrik menerusi persalinan kasual rona hitam lengkap aksesori.

“Wow Sangat Kreatif…,” – Fesyen Aksesori Hijab, Penampilan Unik Mas Idayu Semalam ‘Pancing’ Perhatian Ramai! “Wow Sangat Kreatif…,” – Fesyen Aksesori Hijab, Penampilan Unik Mas Idayu Semalam ‘Pancing’ Perhatian Ramai!

Malah pin yang diolah sebagai aksesori fesyen hijabnya tampak unik dan kreatif, sekaligus menerima reaksi pelbagai peminat.

“Mmy cantikkk sngt2, vouge dan gorgeous My mlm ni,” puji seorang wargamaya.

Ads

“Wooww kreatifnya…,” tulis lagi seorang warganet.

“Mami paling vogue,” tulis seorang peminat yang lain.

“Berat tak mamy bawak atas kepala tu,” tanya seorang warmaya di ruangan komen entri berkenaan.

Ads

“Wow Sangat Kreatif…,” – Fesyen Aksesori Hijab, Penampilan Unik Mas Idayu Semalam ‘Pancing’ Perhatian Ramai! “Wow Sangat Kreatif…,” – Fesyen Aksesori Hijab, Penampilan Unik Mas Idayu Semalam ‘Pancing’ Perhatian Ramai!

Sekadar informasi, Big Stage 2022 menyaksikan komposer terkenal Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.

Manakala, Mas Idayu telah diperkenalkan sebagai Juri Pedas

Ads

yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Mas Idayu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI