Siapa yang tidak kenal dengan salah seorang peserta Akedemi Fantasi musim ke-3, Amylea Azizan. Orangnya kecil, namun bakatnya cukup besar.
Lagi pula imej rambutnya yang kerinting halus membuatkan dirinya melekat di minda menonton.
Namun sejak habis pertandingan tersebut, Amylea seakan senyap seketika dan ramai yang mula melupakannya sehinggalah dia membuat kemunculan dengan menyertai AF Megastar.
Tampil dengan imej yang cukup berbeza namun ramai yang masih memuji kecantikannya.
Tetapi apa yang orang lain tidak tahu sebenarnya Amylea bertungkus lumus menurunkan berat badan sebelum membuat ‘comeback’ di pertandingan tersebut.
Melalui sebuah posting di Facebook, Amylea memberitahu oleh kerana dia mempunyai ketinggian 149 cm / 4’11, berat badannya perlu hanya sekitar 42kg.
Walaupun belum mencapai tahap tersebut namun dia masih berusaha untuk menurunkan sehingga 47kg.
Menurutnya lagi, dia tidak inginkan badan yang terlalu kecil atau kurus sebaliknya mahukan badan yang sihat dan berotot.
Oleh kerana ramai yang bertanyakan apakah rahsia kejayaannya menurunkan berat badan, Amylea tidak lokek untuk berkongsi tip serta amalan diet yang diamalkan.
Sungguhpun tidak berkesempatan untuk luangkan waktu di Gym, Amylea memberitahu dia hanya mengawal pemakanannya mengikut jadual yang telah ditetapkan.
“Sy mmg suka gym & badminton tapi sepanjang diet ni sy tak gym langsung!
This is what i did
Hari Diet : from India food expert.
- Breakfast:
3 biji telor rebus ( kosong)
1 mug green tea- Lunch:
3 biji telor rebus ( kosong)
1 mug green tea
1 biji apple ( apa2 jenis)
Ptg
1 mug green tea
1 biji apple- Malam
1 mug green tea
1 mangkuk oat kosong dgn kacang ( jgn masin)
Minum air kosong yg byk sepanjang hari, jgn sulam2 makanan lain atau kudapan, klu buat tak menjadi diet ni. Percayalah sy dh try buat cmtu tapi mmg fail. Harus strict!
* kosong tanpa gula/ tanpa sos/tanpa garam/ tanpa perisa*
“Hari Biasa:
Brown rice separuh genggam
Virgin coconut oil( klu goreng telor)
Kimchi
Frozen yogurt / greek yogurt
Green tea kosong (wajib) boleh ulang menu ni 2 kali sehari tapi jgn atas jam 8mlm” tulisnya di Facebook
Menurutnya lagi, amalan seperti ini membuatkan dia kehilangan berat badan sebanyak 1.4kg sehari.
Wowww hebat kan?
Malah dia turut berkongsi, walaupun perlu disiplin mengikut jadual permakanan namun sesekali tiada salahnya untuk melakukan ‘cheat day’.
“Atkins style (makan lauk saja apa2, ayam goreng ke apa but no more than 1000 calorie) usually sy makan sehari sekali je klu cheat day sbb dh cukup.
Ice cream (dark chocolate)
“Tapi tetap NO air manis!!! NO NO NO walau sikit sila ada mineral water bersama walau ke mana pegi.
“Setiap kali i cheat day i will go on diet. And if i think i ate way too much on cheat day i will diet 2 hari. And then back to hari biasa,” tulisnya lagi.
Malah, Amylea turut memberitahu walaupun terlibat dengan mana-mana persembahan, dia tetap akan mengamalkan pengambilan makanan protein seperti telur setiap kali sarapan pagi dan makan petang.
“Egg is essential, even hari konsert i consume eggs for breakfast and eggs for high tea. After u do this u changed ur habit & akan rasa sgt selesa. No more bloating, no more perut meragam, buncit etc,” jelasnya.
Apa pun MH Online doakan yang terbaik dan semoga misi menurunkan lagi 6kg berjaya terlaksana.
So buat korang yang diet tu apa lagi, jom cuba!
Ini dia beberapa gambar sebelum dan selepas Amylea.