Kini sedang menikmati percutian di Afrika Selatan, pelakon Zahida Rafik berkongsi foto sekitar percutiannya.
Paling menarik, bintang cantik ini turut sama bergamba dengan haiwan liar.
Apa yang pasti, lagaknya juga cukup memikat pandangan mata. Gaya percutian mewah dengan penampilan menawan, memang buatkan ramai teruja.
Malah bentuk badannya yang langsing persis anak dara turut menjadi perhatian.
Meskipun jarang muncul di kaca televisyen, namun kelibat wanita berusia 44 tahun ini tetap dinanti-nantikan.
Foto : Instagram Zahida Rafik