Mengejutkan bagaimana buku terbitan 10 May 1981 berjudul The Eyes Of Darkness seolah-olah meramal dengan tepat bagaimana virus COVID-19 yang berasal dari Wuhan menyerang penduduk dunia.
Menurut perkongsian pelakon Luqman Hakim, buku yang diterbitkan di Amerika Syarikat itu turut menceritakan virus itu muncul pada tahun 2020 dan ia menyerang sistem pernafasan dan tiada penawar. Bagaimanapun, ia akan hilang secepat ia menyerang. Virus ini dikatakan akan kembali 10 tahun selepas itu.
“Ini scary. Macamana buku yang diterbitkan tahun 1981 boleh ramal virus yang semakin membimbangkan masyarakat dunia kini,” jelasnya.
Melihatkan reaksi netizen, rata-rata setuju pendapat mengatakan wabak ini telah dirancang daripada awal oleh tangan-tangan ghaib.
Walau bagaimanapun, teori konspirasi yang hangat diperbincangkan ini tidak benar sama sekali. Sebaliknya, edisi pertama The Eyes Of Darkness menamakan virus tersebut sebagai Gorki-400 kerana muncul dari Kota Gorki.
Perubahan nama ke Wuhan terjadi ketika buku itu diterbitkan kembali pada tahun 1989 ketika Perang Dingin di mana runtuhnya Soviet Union. China difikirkan sesuai menjadi watak jahat ketika itu dan muncullah Wuhan-400.
Manakala dakwaan mengenai virus yang mengancam sistem pernafasan yang dikongsi merupakan hasil tulisan Sylvia Browne berjudul End Of Days. Buku tersebut diterbitkan pada 2009 dan Browne sendiri mengakui dirinya dapat meramal masa depan.
Sehingga kini, hampir 120,000 kes dicatatkan di seluruh dunia dengan 4,287 jumlah kematian.
Foto : Instagram Luqman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI