“Wujud Petisyen & ‘Ditegur’ Henry Golding,” – Nama Ratu Cantik Samantha Katie James Terus Jadi Perhatian Warga Maya

Share

Nama Samantha Katie James terus menjadi perhatian warga maya, memberikan pendapat yang didakwa tidak masuk akal dan berbaur perkauman baru-baru ini.

Juara Ratu Cantik Malaysia/Universe 2017 ini dikritik selepas memuat naik kenyataan peribadi berkenaan pergerakan Black Lives Matter yang tercetus di Amerika Syarikat.

Jelitawan kacukan Cina dan Brazil itu berpandangan, masyarakat berkulit hitam di Amerika Syarikat seharusnya, “relaks dan mengambil insiden yang menyebabkan kematian seorang warga Amerika bernama George Floyd baru-baru ini sebagai cabaran yang boleh membuatkan komuniti mereka lebih kuat.”

Malah Samantha kemudian turut menyambung lagi beberapa posting di Instagram Story berkaitan hal sama.

Serentak dengan perkongsian yang mulai tular itu, ramai yang mengkritik hingga wujud petisyen agar Samantha melepaskan gelaran ratu yang diterimanya lebih tiga tahun lalu.

Pada masa sama, bukan hanya netizen yang dilihat terkesan dengan kenyataan dibuat Samantha.

Malah, bintang kelahiran Malaysia yang mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat, Henry Golding misalnya turut memberikan reaksi.

Henry menerusi Insta Stories menjelaskan, kenyataan Samantha tidak sensitif selain menyifatkan ratu berusia 25 tahun itu kurang memahami keadaan sebenar yang membelenggu komuniti orang kulit hitam di AS.

Sementara itu, akaunnya Instagram yang mempunyai hampir 170,000 pengikut juga berterusan dihujani pelbagai komen netizen dengan lebih hampir 60,000 komen ditinggalkan pengguna media sosial pada posting terakhir yang dimuat naik Samantha dua hari lalu.

 

Published by
MH