Pelakon jelita Indonesia, Wulan Guritno mengakui masih menyimpan impian untuk menambah cahaya mata walaupun usianya kini sudah menginjak ke angka 43 tahun.
Menerusi perkongsiannya dalam podcast bersama Denny Sumargo, Wulan mendedahkan dia telah mengambil inisiatif melakukan pembekuan sel telur (freeze egg) sebagai persiapan masa depan.
“Saya memang nak anak lagi sebelum umur 45. Sekarang tinggal dua tahun je lagi, jadi saya ambil langkah buat freeze egg. Sedangkan saya dah ada tiga anak pun,” ujarnya jujur.
Tindakan itu diambil sebagai satu bentuk perancangan sekiranya dia dipertemukan jodoh baharu dan kembali bergelar isteri suatu hari nanti.
“Kalau satu hari nanti saya bertemu jodoh yang ditakdirkan Tuhan, saya masih ada peluang untuk hamil dan timang anak lagi,” tambahnya.
Dalam masa sama, Wulan turut berkongsi keinginannya untuk menimang anak lelaki, namun tetap reda dan bersyukur jika dikurniakan anak perempuan.
“Saya memang teringin anak lelaki, tapi kalau diberi perempuan pun saya terima dengan hati terbuka. Satu anak pun dah cukup, kalau dua pun okay,” katanya.
Ads
Sebagai persediaan, Wulan kini giat menjaga kesihatan diri dengan bersenam dan mengekalkan gaya hidup sihat.
Katanya, tubuh badan yang cergas dan sihat adalah kunci utama untuk melalui proses kehamilan dan kelahiran dengan selamat pada usia matang.
Imbas kembali, pelakon kacukan Indonesia-British ini terlebih dahulu sudah memiliki tiga anak hasil dua perkahwinan terdahulu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pada pagi Selasa jam 9.03 minit pagi telah berlakunya pelanggaran di udara dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengakibatkan 10 anggotanya maut.
Kesemua mangsa sudah dikenalpasti. Antara salah seorang yang maut merupakan suami kepada sepupu Eyra Hazali.
Dalam satu hantaran di Insta-story, pelakon tersebut berkongsi kepada umum mengenai berita sedih itu.
“Alfatihah kepada semua yang terlibat dengan kemalangan helicopter. Salah seorang daripada mereka merupakan suami kepada sepupu saya. LT Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin.
“Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang beriman,” kongsinya.
Tangkap layar perkongsian Eyra Hazali di Instagramnya.
Menurut laporan, kedua-dua helikopter tersebut sedang dikendalikan untuk sesi latihan penerbangan bagi acara lintas hormat sempena ulang tahun TLDM ke-90.
Kedua-dua helicopter jenis Fennec M502-6 dan HOM M5033 terhempas di lokasi berhampiran iaitu kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut dan tangga Stadium TLDM Lumut.
Dalam video yang tular di media sosial, dapat dilihat beberapa buah helikopter TLDM meluncur laju terbang ke udara sebelum dua daripadanya menghampiri antara satu sama lain dan berlanggar di bahagian ekor pesawat dan kemudiannya terhempas.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan selebriti popular Indonesia, Ruben Onsu mengejutkan ramai apabila mengumumkan bahawa dirinya telah memeluk agama Islam dan kini bergelar seorang mualaf.Berita penuh bermakna...