Gelagat permata hati penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid nyata mencuit hati apabila kanak-kanak comel itu secara spontan menyebut ‘Dato Siti’ menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik penyanyi Anta Permana itu di Insta Stories.
Dikongsikan kembali menerusi akaun Instagram, @sitizonemy, kelihatan Siti sedang mempromosikan tudung yang dipakai sambil mendukung anaknya.
Lalu, raut wajah Siti tampak teruja apabila anaknya secara tiba-tiba menyebut perkataan ‘Dato Siti’ dengan lancar tanpa diajar-ajar.
“Datuk Siti Nurhaliza ke? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza,” kata Siti dalam tawa.
Menerusi entri sama, video berkenaan kini sudah mendapat hampir 10,000 tontonan.
Sekadar imbasan, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia dua tahun dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad menanti 11 tahun untuk menimang cahaya mata.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI