Meski pernah dikritik segelintir netizen terhadap cara penyampaian dakwahnya di media sosial, namun Pencetus Ummah (PU) Amin tetap tenang dan sabar.

Malah, Amin turut berdoa pada Allah agar dakwahnya dapat diterima ramai khususnya melalui media sosial yang akuinya mempunyai banyak cabaran.

Perkara itu dikongsikannya menerusi Instagram sebelum meninggalkan Kota Mekah.

“Perasaan macam ni paling tak best sekali . Perasaan rindu dan berat hati nak tinggalkan Kota Mekah. Kota ketenangan . Kota penuh pengajaran.

“Aku syukur Ya Allah ! Terima Kasih banyak Ya Allah ! Dengan rahmat dan kasih sayang mu , aku dapat kesini , aku dapat baca doa doa kawan kawan , kenalan dan doa doa yang dikirimkan pada ku ini.

Ads

“Ya Allah berikan kekuatan pada ku untuk berdakwah di media sosial dan dunia realiti ini Ya Allah ! Hidupkan semangat dan tenaga aku untuk mengajak manusia agar taat dan kasoh kan mu Ya Allah!.

“Ya Allah ! Kau makbulkan doa doa yang aku baca di sana Ya Allah ! Moga ada masa dan peluang untuk hadir lagi ke rumah mu yang agung ini Ya Allah ! Saya selalu doakan kalian semua akan dipercepatkan untuk hadir melihat, menatap Kaabah . Aaminnn Ya Rabbal Aalamin,” tulisnya.

View this post on Instagram

Perasaan macam ni paling tak best sekali . Perasaan rindu dan berat hati nak tinggalkan Kota Mekah . Kota ketenangan . Kota penuh pengajaran . Aku syukur Ya Allah ! Terima Kasih banyak Ya Allah ! Dengan rahmat dan kasih sayang mu , aku dapat kesini , aku dapat baca doa doa kawan kawan , kenalan dan doa doa yang dikirimkan pada ku ini.. . Ya Allah berikan kekuatan pada ku untuk berdakwah di media sosial dan dunia realiti ini Ya Allah ! Hidupkan semangat dan tenaga aku untuk mengajak manusia agar taat dan kasih kan mu Ya Allah!.. . Ya Allah ! Kau makbulkan doa doa yang aku baca di sana Ya Allah ! Moga ada masa dan peluang untuk hadir lagi ke rumah mu yang agung ini Ya Allah ! Saya selalu doakan kalian semua akan dipercepatkan untuk hadir melihat , menatap Kaabah . Aaminnn Ya Rabbal Aalamin… 😭😭😭❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Ads

Dalam pada itu, Amin atau nama lengkapnya Amirul Amin Muala Lokman Hakim turut berkongsi berberapa aktivitinya sepanjang berada di Kota Mekah.

Ads

View this post on Instagram

Aku memberi bukan kerana aku kaya . Aku memberi bukan kerana aku berharta . Aku memberi kerana amanah di dunia . Harta akan hilang dan habis . Aku memberi kerana sayang . Harta yang aku ada aku bahagi.. . Mohon kau orang kenal sungguh sungguh muka aku ini , tolong cam muka aku ini , ESOK di Mahsyar , kau tarik tangan aku masuk Syurga . Kau panggil nama aku masuk Syurga.. . Mungkin aku hanya sekadar hilangkan lapar kau di dunia walau sekejap , tapi balasan nya aku harap aku akan selamat dari bahang dan siksa api neraka . Ya Allah ! Terimalah ibadat kami ini !.. . Terima kasih pada semua pembeli Honey Coco , anda juga menyumbang pada program sedekah ini . Terima kasih pada penyumbang penyumbang . Moga Allah muliakan kita . Moga sedekah ini menjadi pelindung dari sebarang bencana.. ❤️ @simplyumrah

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

View this post on Instagram

Dia buta . Tak dijangka saya diri sebelah dia . Ketika itu dia sedang baca Ayat Al Quran . Saya tengok dia bertongkat dan dia seorang buta tak dapat melihat . Saya menyampuk bacaan nya . Dia menoleh dan bersalam dengan saya . Kami berkenalan.. . Lepas itu kami berselawat bersama . Masa ini di Masjid Quba . Masjid pertama Nabi bina dengan asas Taqwa . Habis berselawat, dia hanya senyum dan dia senyap kemudian berjalan pergi . Saya kejar dia dan nak ambil ambil gambar sama sama.. . Saya kenalkan diri berulang kali . Saya kata tolong doakan aku . Kalau aku tak ada dalam syurga tolong cari aku dan ajak aku masuk syurga . Saya katakan lagi , amalan aku tak banyak tapi aku nak masuk syurga . Tolong selamatkan aku nanti , ingat nama aku , bawa aku masuk syurga . Dia peluk saya , dia cium kepala saya banyak kali.. . Saya terus sebak , menangis seorang . Saya berikan sedikit sedekah , dia tolak , jarang orang tolak sedekah kat sini lepas tu dia kata aku hanya buta tapi aku bukan peminta sedekah . Puas saya pujuk akhirnya dia tolak tanpa dia sedar saya masukkan dalam poketnya wang tersebut . Inilah kisah si buta yang soleh.. . Mulut dia tak henti henti baca Al Quran . Hatinya putih bercahaya . Dia orang Madinah Al Munawarah . Sangat cintakan Nabi Muhammad Saw.. . Ya Allah ! Moga perkenalan aku dengan orang soleh ini menyebabkan aku selamat dari azab siksa di hati akhirat . Kawan kawan , pergi dekat dengan orang soleh , minta doa mereka.. . Jangan sia sia kan orang soleh yang ada keliling kita . Mereka kekasih Allah Wali Allah , doa mereka hebat..

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Terdahulu, Amin pernah terpalit dengan beberapa isu yang menyentuh sensitiviti beberapa pihak apabila dia menegur secara umum dan berkongsi aktiviti individu berkenaan di Instagram miliknya.

Foto : Instagram PU Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI