Sejak semalam tular di media sosial berhubung satu video sekumpulan pekerja dipercayai daripada sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran yang sedang melancarkan mogok.
Video tersebut menunjukkan kekecohan pekerja yang sedang membaling parcel, dipercayai dirakam di gudang syarikat kurier berkenaan.
Difahamkan hal tersebut didakwa berlaku kerana bayaran yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan para pekerja.
Warganet turut memberikan pelbagai reaksi berhubung perkara tersebut termasuk selebriti, Zoey Rahman yang nyata sedih atas hal yang berlaku.
Pemilik jenama Mika Series ini berpendapat, sekiranya wujud masalah dalaman, ia perlu diselesaikan dengan cara yang betul.
View this post on Instagram
“Ya Allah, Bila Saya tengok video yg viral ni . Sedih rasanya, harap2 tiada Barang @mikaseries di sini. Kesian customers kami.
“Di mana sifat amanah diorg, walaupun Ada masalah, Kenapa tidak selesai dengan cara yg Betul. Harap dapat selesai dengan Betul, kita tak tahu Apa problem mereka.
“Majikan harus peka dengan masalah pekerja, kena ambik tahu,” jelasnya lagi.
Video viral yang dikongsikan pelakon dan hos itu sudah pun ditonton lebih 30,000 kali di Instagram miliknya bersama komen pelbagai yang ditinggalkan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI