“Ya Allah, Jadikanlah Bayi Dalam Kandungannya Orang Yang Baik,” – Bakal Timang Cucu, Krisdayanti Sambut Acara Mitoni Anak Sulungnya

Share

Diva Indonesia ini bakal menimang cucu pertama tidak lama lagi. Anak sulungnya hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, Anang Hermansyah, Tatiana Aurelie Hermansyah kini sedang sarat mengandung tujuh bulan hasil perkongsian hidup dengan pempengaruh media sosial terkenal, Atta Halilintar.

Hari ini menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya, Krisdayanti telah menghadiri majlis mitoni anak perempuannya itu yang diadakan dalam suasana cukup mewah dan penuh tradisi di sebuah hotel terkemuka di Jakarta Selatan pada Sabtu, 18 Disember 2021.

Kredit foto: Instagram Aurel Hermansyah/ Eternize.Id

Majlis ini diadakan sempena kandungan Aurel mencecah usia tujuh bulan mengikut adat Jawa. Setelah anaknya melalui episod duka keguguran kandungan pertama, semestinya kehadiran cahaya mata yang bakal dilahirkan itu akan membawa seri kepada keluarga besar wanita berusia 46 tahun ini.

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya anak perempuan pertamaku yang kini sedang berjuang melengkapi dirinya sebagai seorang ibu. Ya Allah, jadikanlah bayi dalam kandungannya orang yang baik, bertakwa, dan cerdas. Tumbuhkanlah dia dalam Islam dengan pertumbuhan yang baik,” ujarnya dalam satu hantaran Instagram.

Kredit foto: Instagram Krisdayanti/ Atan Lemos Photography

Krisdayanti yang cantik berkebaya rona merah jambu muda corak bunga penuh itu dilihat menyiram kandungan puteri sulungnya itu dengan air dan kemudian melumurkan himpunan kelopak bunga di bahagian perut.

Sekadar informasi, hasil pengkongsian hidup dengan bekas suami, Anang Hermansyah, pelantun lagu Meniti Hari ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aurelie dan Azreil yang kini masing-masing berusia 23 dan 21 tahun. Manakala perkahwinannya yang terkini bersama Raul Lemos turut dikurniakan dua cahaya mata, Amora dan Kellen yang kini berusia 10 dan 9 tahun.

Kredit foto: Instagram Aurel Hermansyah/ Eternize.Id

Apakah Majlis Mitoni?

Untuk pengetahuan pembaca, mengikut sumber, upacara Mitoni ini merupakan sebuah upacara turun temurun dalam adat Jawa yang dijalankan bagi menandakan kandungan seseorang wanita memasuki usia tujuh bulan.

Kredit foto: Instagram Krisdayanti/ Atan Lemos Photography

Dipercayai pada usia ini, anak dalam kandungan sudah memiliki jiwa dan keselamatannya harus dijamin. Bagi masyarakat Jawa, upacara “Mitoni” merupakan rantaian pusingan hidup masyarakat yang dilakukan hingga ke hari ini.

Kredit foto: Instagram Krisdayanti/ Atan Lemos Photography, Instagram Aurel Hermansyah/ Eternize.Id

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

Published by
Fiezreen