Baru sahaja putus tunang awal tahun ini, nama Remy Ishak terus dikaitkan dengan Mira Filzah apatah lagi netizen seakan-akan tidak boleh ‘move on’
dengan drama Pujaan Hati Kanda.Memuatnaik sekeping foto bersama ‘dinda’ dengan kapsyen, “terserempak dengan Kak Ani Yang sedang menjual nasi lemak di hall PICC semalam. #ffm30.”
Mira dilihat turut membalas dengan ikon senyuman.
Teruja melihat gandingan serasi itu dilihat saling bersenda, netizen terus menerus mendoakan agar pasangan ini dapat disatukan secepat mungkin.
Malah, berdasarkan tona warna busana kedua-duanya, spekulasi kedua-duanya bercinta semakin hangat.
Amboi netizen, suka-suka sahaja menjodohkan selebriti kesayangan mereka. Apa-apa pun, MH doakan yang terbaik.
Foto – Instagram Remy Ishak