Pelakon Kamal Adli menitipkan doa semoga dipermudahkan urusan perkahwinannya dengan aktres, Uqasha Senrose.
Bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi, Hero Remaja 2007/08 ini berkongsi foto terkini bakal permaisuri hatinya itu di Instagram.
“So cantik… Ya Allah kau permudahkan semua urusan,” tulis Kamal ringkas pada ruangan kapsyen.
Sementara itu, hantaran yang sehingga kini sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka itu turut disusuli dengan doa serta ucapan yang baik-baik buat mereka.
“Jaga usha elok-elok, insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar #roadtohalal.
“Amin… Lebih 40 org mengAminkn. Insyaallah. Diangkat doa antara kita-kita. Amin.
“Aamiin. Semoga dipermudahkan, urusan Dan berjalan lancar majlis. Aamiin,” antara titipan yang ditinggalkan.
Sementara itu, Uqasha pada Selasa dilihat mengisi masa makan malam bersama bakal ahli keluarga dan sahabat terdekat sebagai meraikan majlis yang bakal tiba.
Terdahulu, Kamal melamar Uqasha secara langsung pada Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu.
Foto: Instagram Kamal Adli