“Ya Allah, Lindungilah Doktor Muda Ini Dari Terkena Penyakit Ini,” – Lelaki Tua Berdoa, Alif Satar Cerita Kisah Inspirasi

Share

Alif Satar menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya menjelaskan pada waktu darurat ini, kisah yang memberi inspirasi dan positif cukup diperlukan dalam menghadapi situasi yang semakin genting.

Menurut perkongsian daripada doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Wilson Tiang, sewaktu dia sedang melakukan pemeriksaan di wad sekitar pukul 5.00 pagi, seorang lelaki tua sedang bersedia untuk melakukan solat Subuh.

Usai solat, doktor tersebut memeriksa nadi dan bertanya kesihatannya, namun seraya lelaki tua itu memegang tangannya dan berdoa “Ya Allah, lindungilah doktor muda ini dari terkena penyakit ini.” Itu cukup membuatkan perjuangannya berbaloi.

“News macam ni la yang orang nak baca. Suntikan positivity and love.. not hate, and people pointing fingers blaming on each other.

“Baca benda macam ni la buat hari-hari yang sukar rasa mudah.. stay mentally and physically strong okay guys? love ya.

“p/s Dr Wilson Tiang and you medical teams out there,you’re all heroes,” kongsinya.

Netizen tidak ketinggalan menitipkan doa buat kakitangan barisan hadapan di ruangan komen dan berdoa agar wabak ini dapat diatasi bersama.

Foto : Instagram Alif Satar

Published by
Noraini Abd Wahab