Memiliki dua atau lebih isteri bukanlah sesuatu yang mudah andai si suami tidak boleh berlaku adil dan berkemampuan.
Mana tidaknya, dalam hal sebegini mereka perlu menjaga hati banyak pihak baik dari segi masa, kewangan dan layanan yang sama rata.
Namun, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim disapa sebagai Datuk Red cuba memberikan yang terbaik buat dua isteri.
Malah, dia juga sentiasa mendoakan buat kedua -dua isterinya iaituDatin Syarifah Nor Syafila dan penyanyi, Datin Adira.
“Ya Allah kau lindungi la mereka sebagaimana mereka melindungi aku ya Allah.jaga la mereka semoga mereka terus istiqomah terhadap mu ya Allah.
Ads
“Jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu.pelihara la mereka supaya kami bertemu di syurga Mu ya Allah,” tulisnya sambil disertakan foto kedua isterinya.
Penyanyi tersohor, Dato Sri Siti Nurhaliza diberi penghormatan apabila wajahnya dipaparkan di papan iklan digital terkenal di New York Times Square, Amerika Syarikat.
Penampilan Siti yang mewakili negara pada papan iklan berkenaan sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh jenama penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara dan penyanyi Anta Permana itu merupakan salah satu wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.
“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam industri hiburan, ini mungkin antara yang terindah buat saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini.
“Melihat wajah terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan. Saya sangat bersyukur diberi peluang ini seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini,” katanya.
Siti pada masa sama terus berazam untuk optimis memberikan yang terbaik buat semua peminatnya.
“Saya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya yang hebat. Saya juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian.
“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Jika anda berusaha tiada yang mustahil,” katanya lagi.
Siti Nurhaliza bukanlah satu nama asing buat rakyat Malaysia. Namanya bukan sahaja sudah dikenali di tanah airnya sendiri tetapi juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa bahagian lain di dunia.
Wanita asal Kuala Lipis ini mula mencuri perhatian selepas menyertai arena muzik tempatan pada tahun 1995. Sejak itu, suaranya yang luar biasa terus mencetus fenomena dunia hiburan sehingga dirinya dimartabatkan sebagai penyanyi nombor satu negara.
Dengan lebih 20 buah album, ratusan anugerah tempatan dan antarabangsa, aneka konsert mega termasuk persembahan gah di Royal Albert Hall di London, Siti Nurhaliza sememangnya layak menerima penghormatan ini.
Dirahmati dengan suara yang unik dan keperibadian yang menyenangkan, Siti yang kini bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata terus mengukuhkan kedudukannya dengan pembabitan dalam pelbagai projek profesional serta kebajikan serantau.
Siti juga menjadi bintang Malaysia kelima untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.
Menerusi Instagram, Siti turut menitipkan dedikasi bersempena dengan berita gembira berkenaan.
Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar membabitkan penyampai radio untuk segmen Geng Pagi Hot iaitu Mark Adam dan Fizie yang bakal meninggalkan stesen radio Hot FM, mulai hari ini.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram, Fizie atau nama lengkapnya Mohamad Hafizie Roslan mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk mengumumkan berita ini kepada pendengar setelah hampir 9 tahun menjadi keluarga Hot FM.
“Assalamualaikum, apa khabar semua? Berat untuk saya katakan pada hari ini, Isnin, 19 Julai 2021 merupakan satu tarikh yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila kerana saya nak umumkan hari ini adalah hari terakhir berkeudara di Hot FM setelah hampir 9 tahun manabur bakti dekat sini,
“Terima kasih kepada semua sudi mendengarkan celoteh saya setiap hari. Kalau ada salah dan silap saya harap dimaafkan. Maklumlah, saya ni manusia biasa banyak benda yang saya silap buat dalam hidup ini. Maafkan saya.
“Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar kepada stesen yang amat saya kasihi dan sayangi iaitu Hot FM,” katanya.
Pada masa yang sama, rakan penyampai Mark Adam turut dilihat ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya.
“Selamat Tinggal @hotfm976 terima kasih banyak dengan peluang yang diberikan Kepada semua rakan2 saya di dalam kerjaya ni, terima kasih banyak dengan kerjasama dan ilmu yang di berikan.
“Teruskan mendengar HotFM guys banyak benda baik yang akan datang lepas ni!I wish everyone the best! Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.