Neelofa menerusi hantaran di Instagram Stories ada memuat naik gambar burger dan menulis kapsyen mahu menikmati burger sebagai moreh.
“Moreh burger malam ni meh,” tulis Neelofa ringkas, dan disertai dua emoji.
Bagaimanapun, Neelofa difahamkan telah memadamkan gambar berkenaan selepas tular di media sosial.
Lalu, Neelofa berkongsi status di Insta Stories dengan menyatakan ramai yang sebenarnya tersalah anggap mengenai posting sebelumnya itu.
Tulisnya, peguamnya telah pun berhubung dengan peniaga burger di Kelantan yang didakwa telah dikompaun RM50,000 baru-baru ini kerana dipercayai bekerja lebih masa sehingga melanggar SOP.
“Ya Allah ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik.
“Sebelum I posted the photo, my lawyer contacted abang burger tu and we have also contacted pihak polis untuk tanyakan details tentang kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah,” tulis isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu.
Malah Neelofa turut memuatnaik tangkap layar yang berkaitan dengan hasratnya untuk membantu peniaga tersebut.
Selepas itu, Neelofa berkongsi pula sebuah hadis yang berkaitan mengenai kelebihan menolong individu lain yang sedang berada di dalam kesusahan.
Terdahulu laporan Berita Harian 26 April lalu melaporkan mengenai seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dikenakan kompaun RM50,000 oleh pihak polis bagi kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu.
Sementara itu pada Selasa, Neelofa serta keluarganya telah dikenakan kompaun RM60,000 keseluruhan kerana melangggar prosedur SOP di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI