“Ya Allah. Sayu Jer Tengok…,” – Ramai Hulur Bantuan, Giliran Ebit Lew Agih KFC Untuk Petugas Hospital

Share

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada mengambil inisitiaf dengan menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada petugas kesihatan dan kecemasan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Menerusi Instagram, Ebit ada berkongsi sedutan video bermula pembelian hingga agihan.

Kongsinya, sambil menasihati agar warga Malaysia kekal berada di kediaman masing-masing, Ebit turut  menyatakan rasa sayang serta sayunya apabila mendengar mengenai pengorbanan mereka saat menghadapi situasi kini.

“Pergi beli kfc belanja staf hospital sg buloh. Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuarantin diri melalui saringan disini. Doa dari jauh jer. Ya Allah. Sayu jer tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas di saringan covid 19.

“Saya yang tengok kaunter depan tu jer dah berdebar. Nak keluar rumah takut. Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalasinya. Walau mereka juga pasti risau takut macam-macam fikir.

“Mereka akan berusaha sehabisnya untuk menjaga diri dengan mask dan pakaian khasnya. Dan meletakkan keyakinan dan penyerahan pada Allah. Itulah ubat pejuang seperti mereka. Buat orang ramai satu jer ubat ya sekarang..duduk dirumah. Kuarantin diri masing-masing dekat rumah. 2minggu ni terus jangan keluar kecuali kecemasan dan tanggungjawab.

“Ya Allah disini ramai orang saya sayangi dikuarantin. Jagakanlah mereka semua. Sembuhkanlah mereka ya Allah. Yang diicu selamatkan mereka ya Allah. Segera sembuhkan mereka. Berilah keajaiban mu. Hilangkanlah wabak virus covid 19 di seluruh Malaysia dan dunia ya Allah. PertubuhanKasihUmatMalaysia

CIMB 8603546376,” tulisnya panjang lebar.

Sehingga kini, video pendek tersebut sudah pun mendapat tontonan mencecah 700,000 kali.

Foto : Instagram Ebit Lew

Published by
MH