Sejak beberapa haru lalu, nama pelakon, Siti Khadijah Halim menjadi perhatian ramai selepas lakonannya di dalam drama Wanita Syurga memberikan kesan kepada penonton.
Babak meruntun jiwa sebagai isteri yang kecewa dan tersakiti yang dipaparkan di dalam episod 24 telah menunjukkan sisi kematangan Siti Khadijah sebagai seorang pelakon.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 27 tahun ini menyifatkan babak ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa bantuan pelakon senior Marissa Yasmin yang membawakan watak sebagai ibu mentuanya.
“Saya ingin berterima kasih kepada Kak Marissa kerana menjadi gandingan pelakon yang baik semasa menjayakan babak ini.
“Babak ini sangat bermakna bagi saya,” tulisnya.
Katanya lagi, babak ini juga telah membuka hatinya untuk berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak pada masa hadapan.
“Disebabkan Ardini, telah wujudnya rasa mempunyai cahaya mata. Rasa yang tak semua orang boleh rasa.
“Terima kasih Dini. Saya sayang awak. Saya sangat sangat bersimpati dengan awak. Alangkah baiknya kalau saya ada untuk melindungi awak,” kongsinya lagi.
Lakonan mantap yang ditunjukkan oleh Siti Khadijah itu turut menuai pujian daripada rakan artis.
“Saya tonton lakonan Ardini. Awak buat dengan baik. Saya menangis,” komen Syami
“Apa ni? Babak ini bikin saya melalak beriya tau. Terbaik. Lakonan dan keserasian yang sangat baik yang ditunjukkan oleh keduanya. Jadi inspirasi buat saya saat menyanyikan lagu Masih Ada Rasa Itu nanti,” kata Misha Omar.
“Ya Allah sedihnya aku menangis,” komen Adriana Adnan.
Sekadar informasi, Wanita Syurga merupakan sebuah drama yang diadaptasi novel yang ditulis oleh novelis Sophilea.
Selain Siti Khadijah dan Marissa, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Redza Rosli, Riena Diana dan Nazim Othman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.