“Saya mengharapkan yang terbaik,” itu kata penyanyi Sampai Bila, Misha Omar apabila berkongsi mengenai perkembangan diri dan keluarganya ketika ini. Tambah bintang kelahiran Kelantan itu lagi, anak sulungnya Idris kian membesar dan semakin aktif.

“Idris pun sudah makin membesar dengan baik dan sihat. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki (anak), kami terima seadanya rezeki yang Dia nak bagi, insyaAllah.

“Cuma saya selalu berdoa, Ya Allah Ya Tuhanku, kalau andainya mahu diberikan rezeki zuriat untuk hamil lagi, Kau turunkanlah rezeki itu pada waktu yang tepat supaya saya dapat nikmati proses kehamilan itu sebaiknya.

“Malah pada masa sama, saya juga dapat merasai keseronokan bekerja sambil hamil. Doa itulah yang saya sering titipkan,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Misha dan suami Firros Ezzwan Rosly diijab kabulkan 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan dan pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 12, dan Humaira Lateefa, 6 tahun.

Ads

Dalam perkembangan lain, Misha yang bakal terlibat menerusi konsert Soul Sisters  bersama Noryn Aziz dan Sarah April depan turut giat membuat persediaan selain menantikan debaran untuk bersaing di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) untuk lagu Sampai Bila, Februari depan.

“Saya ada juga dengar ura-ura saya kami ada merakamkan lagu baru bersama. Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan. Pada masa sama, saya juga ada rancang untuk lancarkan single sendiri juga.

Ads

“InsyaAllah akan ada lebih produk tahun hadapan, kalau tak beranaklah,” selorohnya. 

Foto: Instagram Misha Omar, Muzik-Muzik

Ads

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI