Pelakon Sari Yanti atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari baru-baru ini akhirnya berkongsi berita gembira dengan mengesahkan dia kini sedang hamil anak kelima.
Pelakon drama Kisah Kaisara berusia 37 tahun itu mengumumkan perkara tersebut menerusi Ask Me A Question di Instagram Story.
“Betul ke kak Sari mengandung lagi,” tanya pengguna Instagram sambil dijawab positif oleh Sari.
“Lebih dari 50% soalan ini. Ya betul kak Sari mengandung. Alhamdulillah,” balasnya.
Ads
Bagaimanapun, Sari turut berkongsi, ia sebenarnya adalah kandungan ketujuh selepas dia mengalami dua kali keguguran.
Menerusi satu pautan lain, Sari turut berkongsi reaksi rakan selebriti, Wawa Zainal.
Secara seloroh, isteri kepada Aeril Zafriel itu memberitahu dia akan cuba ‘mengejar’ kehamilan Sari.
Ads
“Bestnya, tahniah Sari Yanti. Ku kejar nanti,” jelas Wawa sambil disambut Emoji oleh isteri Jep itu.
Terdahulu, teka teki yang membayangkan Sari hamil lagi mulai timbul selepas dia berkongsi foto bersama Scha Alyahya di Instagram.
Pelakon versatil, Fasha Sandha hari ini mengumumkan nama penuh anak ketiganya, Aisha Amaira Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya.
Perkara tersebut dikongsikan Fasha menerusi entri terkininya di Instagram pada Selasa.
Selain memberitahu pengikutnya Instagramnya bertambah pada hari anak bongsunya itu dilahirkan, Fasha turut mendedahkan dirinya sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
“Assalamualaikum, pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha.
“Alhamdulillah… Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi.
“Nama saya AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL, Yang membawa maksud, Bahagia dan Cantik Selamanya.
“Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah. Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau.
“Lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha,” tulisnya.
Fasha bagaimanapun mengakui dia dan suami tidak pernah kirim doa agar dikurniakan rezeki zuriat lagi, seterusnya meminta para ibu bapa yang pernah alami nasib sama agar jangan putus asa.
“Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.
“Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner.
“Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan.
“Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night. Love, Aisha Amaira,” kongsinya lagi.
Dilahirkan pada 7 Ogos lalu, Aidil dan Fasha bernikah pada 30 Mac 2019. Ia adalah perkahwinan kedua Fasha selepas berpisah dengan bekas suami, Rizal Ashram.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha turut mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Sementara itu, suaminya turut berkongsi foto terbaru Fasha dan anak mereka.
Juara Dewi Remaja, Raysha Rizrose mengakui setakat ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan atlit permotoron, Nabil Jeffri meski mereka sudah menjalin hubungan cinta lebih enam tahun lamanya.
Katanya secara seloroh, adalah lebih baik jika jodoh berkahwin itu didahulukan kepada dua kakaknya, Uqasha dan Nelydia Senrose.
Kemudian, barulah dia menyusul ke fasa sama.
“Saya dan Nabil berkawan sejak 2013 lagi, malah ketika masih belum menyertai Dewi Remaja. Tapi masih belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat.
“Memandangkan masing-masing ada misi dan komitmen yang perlu didahulukan. Malah saya sendiri masih belum bersedia untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah kakak yang lepas dulu,” jelasnya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Raysha kini sedang menunaikan umrah di tanah suci.
Turut sama menyertai rombongan ialah keluarga besarnya, termasuk Uqasha dan Nelydia.
Semoga mendapat umrah yang mabrur, amin.
Foto: Instagram MH
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jep berseloroh memberi tahu, terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mahu memilih anak tempatan atau pemain import untuk memenangi anugerah Puskas (gol paling cantik).
“Puskas! Terpulang pada korang nak anak tempatan atau pemain import yang menang nanti,” tulisnya.
Dalam satu perlawan persahabatan, Jep yang mewakili pasukan Super Lawak FC telah menjaringkan satu gol cantik menerusi sepakan percuma dari jarak lebih 30 ela.
Jaringan cantik tersebut nyata mengejutkan ramai pihak malah, turut mendapat pujian daripada pemain Harimau Malaya di bahagian komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perkongsian suami kepada, Sari Yanti itu.
Buat pengetahuan, Puskas merupakan sebuah anugerah khas yang diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk memberi pengiktirafan kepada pemain professional yang telah menjaringkan gol yang cantik dan unik.
Terdahulu, pemain Pahang, Herold Goulon telah mengejutkan dunia apabila telah menjaringkan gol ‘luar biasa’ menerusi sepakan percuma dari jarak lebih 60 ela.
Gol cantik tersebut telah tular dan turut tersebar di media-media antarabangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!