Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif yang bakal menyambut kelahiran anak kedua.
Memetik laporan media, suami kepada pelakon berkenaan, Harris Alif mengesahkan berita gembira tersebut sekaligus meleraikan teka-teki mengenai perkara tersebut.
“Ya Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia. Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, penampilan Intan sebelum ini menjadi soroton kerana dilihat seperti berbadan dua namun tiada sebarang pengumuman dibuat keduanya sebelum ini.
Dalam pada itu, Harris berkata dia dan Intan akan mengumumkan mengenai kehamilan isterinya apabila sudah bersedia kelak.
“Bila sampai masa, saya dan Intan sendiri akan beritahu. Sekarang belum masanya lagi. Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi steady dulu,” katanya lagi.
Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2022 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja yang kini berusia 1 tahun 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI