Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.
Bersyukur atas rezeki zuriat, Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, turut berdebar menanti kelahiran anak sulung yang dijangka lahir pada hujung Mei atau awal Jun ini.
“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama-sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat.
“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang akan saya buat nanti.
“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.
Untuk rekod, Syafiq dan Alia bernikah pada 10 Oktober 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Hanya Nak Syok Sendiri Saya Tak Akan Buat,” – Ramli MS Bangunkan Laman Web, Demi Pembangunan Masa Depan Penyanyi
Maestro muzik, Datuk Ramli MS optimis membangunkan sebuah laman web bersama dua rakan kongsinya, Dr Ariffin Yahaya dan Har Kok Kit iaitu sinio.com yang membuka ruang buat penyanyi di negara ini untuk tampil dalam sebuah konsert secara virtual.
Kemudahan di hujung jari, konsert berkenaan yang dipancarkan dengan relosusi kualiti tinggi dilihat sebagai medium terkini peminat di Malaysia untuk menonton konsert walau di mana mereka berada.
“Saya cuba cetuskan idea berkenaan sejak dua tahun lalu dan kami bersama-sama bangunkan satu laman web www.sinio.com. Menerusi pembaharuan ini, kira ia satu pembangunan selebriti kita pada masa depan.
“Progresnya tidak akan berjalan dengan pantas tapi lama kelamaan kemudahan ini akan menjadi satu cara baru bagi semua orang untuk berhibur.
“Saya ambil contoh, Ziana Zain. Bagi saya dia layak membuat persembahan di dalam satu konsert sekitar dua jam kerana mempunyai lagu hits yang sangat banyak. Peminat setianya masih ada. Cuma mungkin ada kebarangkalian sukar untuk dapatkan penaja kerana situasi semasa (pandemik) dan sebagainya.
“Kalau penyanyi yang ada mempunyai beberapa lagu hits sahaja, mereka masih berpeluang mungkin satu jam persembahan. Semua ada peluang.
“Jadi, laman ini menawarkan penghibur kita untuk buat persembahan dengan diiringi pemuzik profesional dan ia boleh diakses oleh peminat di seluruh dunia dengan melayari laman web tersebut selepas membuat pembayaran (pay-per-view).
“Pelayar juga boleh menonton konsert sama pada bila-bila masa kerana persembahan itu akan tersedia di dalam laman web tersebut. Ya, ia boleh ditonton sampai bila-bila dan di mana sahaja dengan kemampuan siaran resolusi 4K,” katanya.
Terdahulu, Sinio bakal membawakan konsert sulung bersama XPDC yang sepatutnya dijadualkan berlangsung 12 Mac lalu. Bagaimanapun ia terpaksa dianjak pada suatu tarikh baru atas faktor kesihatan vokalisnya, Ali.
“Sebelum ini kami sudah pun membuat beberapa percubaan dan selepas semuanya berjalan dengan baik, XPDC ialah artis pertama yang menggunakan teknologi ini.
“Semuanya sudah pun siap untuk dipancarkan (live), apa pun saya mendoakan yang terbaik buat Ali. Sebarang perubahan akan kami maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi,” katanya.
Ditanya mengenai keterbukaannya terhadap perkembangan muzik terkini, Ramli percaya tekonologi berubah dan kita perlu mengikut arus demi kemajuan industri.
“Di Malaysia kita ada beratus artis yang saya percaya mereka semua idamkan konsert khas. Tapi belum diberi peluang atau diketengahkan. Penaja pula pasti mahu anjur konsert untuk artis yang mungkin pada mereka ‘yang boleh jual’ sahaja.
“Bayangkan lagu hits ada, tapi tidak dipersembahkan secara langsung. Saya ada juga bercakap mengenai teknologi baru kepada Datuk Awie, Senario dan beberapa artis lain. Setakat ini mereka ada menyatakan minat dan melihat ia sebagai suatu alternatif baru buat peminat mereka untuk menonton konsert.
“Iyalah dengan keadaan sekarang, ada yang masih belum berani keluar ke sana-sini. Rutin dan gaya hidup mulai berubah. Jadi inilah masanya untuk mereka berhibur dalam siaran kualiti tinggi. Kita ‘bawa’ konsert itu di mana saja mereka berada.
“Ia satu perkembangan. Jadi mahu tidak mahu kita kena ikut. Kalau tidak kita akan ketinggalan. Negara luar sudah pun perluaskan teknologi ini dan mereka sukses.
“Sebab lain kerana saya melihat ada promoter yang tak berani nak ketengahkan ramai artis kita untuk melabur dalam sebuah konsert. Saya faham situasi itu, jadi kami cuba untuk beri mereka ruang.
“Macam contoh kalaulah seorang artis itu hanya ada dua lagu hits, mungkin mereka boleh bergabung dengan rakan artis lain dan sama-sama dalam satu konsert menerusi sinio.com.
“Cuma kami akan buat kepada penyanyi yang betul-betul ada lagu yang ‘boom’. Bukan suka-suka sebab peminat nak tonton persembahan yang boleh ‘sing along’. Kalau hanya nak syok sendiri saya tak akan buat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maybe Mummy Kecewa, Nak Sangat Tengok Duo Yang Dia Sayang Masuk Final,” – Janna Nick
Hos program Famili Duo bersama Sean Lee, Janna Nick mengakui saingan minggu keenam rancangan hiburan realiti itu cukup sengit.
Malah Janna menerusi satu hantaran terkininya di Instagram berpendapat, pandangan yang diberikan salah seorang juri tetapnya, Mas Idayu sebagai bersebab.
“Last night was intense. Dah masuk minggu keenam kan? Next week dah semi final.
“Maybe Mummy kecewa sebab nak sangat tengok duo yang dia sayang masuk final.
“Apa pun harap penonton terhibur semalam tengok. Love you guys,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, salah seorang pesertanya, Sissy Imann dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus menerima komen Mas Idayu yang mempersoalkan mengenai persembahannya bersama Naim Daniel menerusi lagi Jampi yang disampaikan dalam versi keroncong.
Sissy tidak dapat meneruskan ucapan hingga terpaksa ditenangkan Janna selain Naim menyifatkan mereka sudah cuba memberikan yang terbaik setiap minggu.
Sissy bagaimanapun menerusi Instagram memohon maaf susulan persembahannya malam tadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Da’i Syed Dan Hana Ismail Sah Bergelar Suami Isteri, Lafaz Akad Dalam Bahasa Arab
Dengan sekali lafaz, pendakwah selebriti Da’i Syed Iqmal selamat bergelar suami kepada personaliti televisyen, Hana Ismail tepat jam 11.46 pagi dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ Ud, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan dengan lafaz akad dalam bahasa Arab.
Syed menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas manakala wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Tiada sebarang pertukaran dulang hantaran pada majlis pernikahan tersebut kerana pasangan mempelai terlebih dahulu telah bertukar dulang hantaran pada majlis pertunangan yang diadakan pada Oktober lalu.
Sementara itu, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal, 27, ketika ditemui meluahkan rasa bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Syed juga menggangap perkahwinannya dengan Hana, 36, ini sebagai lembaran baharu dalam hidupnya.
“Saya bersyukur majlis pernikahan lancar dan berdoa agar fasa baharu dalam hidup kami ini akan sentiasa diberkati Allah SWT,” katanya.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan rapat serta pihak media.
Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datin Seri Paduka Umie Aida, Sharifah Noorhasleenda dan Irma Hasmie.
Pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di Shah Alam pada malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI