Tahniah diucapkan buat selebriti versatil, Elly Mazlein yang mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua.
Khabar gembira itu dikongsikan bintang berkenaan menerusi satu hantaran terkini di Instagram pada Isnin sambil menzahirkan rasa syukur atas rezeki zuriat dariNya.
“Bismillahirrahmannirrahim. Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah x lama lg akn hadir Nyawa kecil dlm keluarga kami.
“Atok akn dpt cucu lg. Papa akn dpt seorg lagi anak manja dan Kakak Manja akn dpt Adik ( tp kakak Manja mintak “Sister”.
“Mana-mana² pun xpe, Hanya menDoakan Baby sihat & dipermudahkan). Dan Mama x saba nak menjaga Kesemua Nyawa Suri Hati ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,” tulisnya.
Bintang berusia 41 tahun yang kini popular dengan lagu Dusta Cinta turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.
“Terima kasih di atas Doa, wahai kesayangan smua. Terima kasih sentiasa bersama sy dari saat getir hingga Saat Pelangi kebahagian dtg menerpa.
“Doa sy, agar Allah permudahkn urusan anda smua. Dan akhir sekali jawapan bg smua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant,” tulisnya lagi.
Ads
Perkongsian yang mencuri tumpuan itu seterusnya mendapat reaksi rakan selebriti dan peminat yang turut sama tumpang gembira selain mendoakan semoga segala urusan Elly dipermudahkan.
Terdahulu, Elly dan suaminya, Mohamad Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga pada Januari 2020.
Ads
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Filem Abnormal Buas yang bakal ditayangkan pada 20 Jun ini memulakan sesi pengenalannya menerusi pelancaran novel adaptasi daripada filem itu yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Novel yang menggunakan judul sama itu ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin dan Syamzaly Musa serta diterbitkan oleh Karya Publika Sdn Bhd.
Pelakon yang juga penerbit filem itu Aeril Zafrel berkata, penerbitan novel ini membolehkan khalayak untuk mengenali dan memahami cerita Abnormal Buas dengan lebih mendalam lagi.
“Novel ini diterbitkan disebabkan cerita yang begitu kaya dan mendalam, sehingga tidak dapat dimuatkan sepenuhnya dalam format filem. Dengan menerbitkan novel terlebih dahulu, pembaca dapat menyelami perjalanan cerita secara lebih terperinci dan komprehensif.
“Malah, walaupun tanpa mengikuti keseluruhan trilogi, mereka yang menonton filem ini pun akan tetap dapat memahami ceritanya dengan baik.
“Sebenarnya, untuk menggambarkan keseluruhan cerita dari novel dalam bentuk filem pun mungkin tidak mencukupi. Jadi novel ini menjadi tambahan yang memperkaya pemahaman penonton terhadap dunia cerita yang begitu mendalam.
“Bagi mereka yang membaca novel ini, pasti akan dapat menyelamidan memahami cerita ini dengan lebih menyeluruh dan bermakna,” katanya.
Aeril menambah, filem itu mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ dengan diselitkan eleman fiksyen.
“Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar dan watak yang diketengahkan juga bukan dari Malaysia, memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita.
“Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta satu negara yang berbeza sebagai latar belakang. Apa yang menarik mengenai novel dan cerita ini ialah ia agak unik dan mempunyai banyak unsur yang mendebarkan serta membangkitkan rasa teruja,” katanya lagi.
Selain Aeril, filem terbitan Respected Citizen Production inimenampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Wawa Zainal, Johan Asari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan ramai lagi.
Novel menceritakan, Dahliya yang ingin melupakan sejarah hitamnya dan mahu memulakan hidup baru bersama anaktunggal kesayangannya Izo. Namun detik hitam muncul lagi dalam hidup Dahliya apabila rumah mereka dimasuki oleh pasangan penyamun, Bullet dan Speed.
Dahliya dan Izo berjaya mengusir mereka, namun sewaktu dia membuat laporan di balai polis, ASP Musa Grey bertindak memperkosa Dahliya di depan Izo.
“Dahliya dan Izo di datangioleh tiga lelaki yang mewakili E-1, agensi rahsia yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan politik di Kota Lemuriya.
Mereka berdua diangkat menjadi pembunuh upahan pasukan E-1 yang berpengkalan rahsia di hospital mental Pusat Aman Bahagia.
Selepas 20 tahun, dalam satu pertemuan yang tidakdijangka, Izo bertemu semula dengan ASP Musa Grey, Bullet dan Speed di Harmoni Vila. Izo kali ini sudah bersedia dan tragedi berdarah bakal berlaku di vila itu.
Novel dijual pada harga RM33.90 di Semenanjung Malaysia dan RM35.90 untuk pasaran Sabah dan Sarawak.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Tarikh semua sudah ada, cuma saya akan kongsi selepas raya, InsyaAllah.” Demikian kata penyanyi Mas Idayu ketika diminta mengulas mengenai persiapan terkini majlis kahwinnya bersama penerbit eksekutif TV3, Sufian Isa.
Menurut Mas Idayu yang mesra disapa Mummy, dia dan bakal suami akan saling bertemu keluarga dan tidak menyangka jodohnya bersama lelaki dalam lingkungan seni.
“Semuanya akan dikongsikan selepas pertemuan di antara keluarga kedua belah pihak. Sebelum ini dia sudah pun bertemu dengan kakak saya. Cuma susulan seterusnya ialah berjumpa dengan kedua orang tua.
“Kami pun sudah bekerjasama sudah lama, tiada istilah berkenalan.Lebih 10 tahun lalu ketika saya bersama Black dalam program Mentor. Kami berkawan.
“Cuma tidak sangka pusing-pusing, perancangan Allah SWT,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Mas Idayu tidak menafikan mereka mulai rapat sejak beberapa bulan lalu.
Sementara itu menerusi Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Selangit ini memuat naik foto yang dirakam secara ‘selfie’ berdua buat tatapan peminat.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin tepat jam 10.01 malam.