“Ya Kak Kepom Pregnant,” – Elly Mazlein Sahkan Kini Hamil Anak Kedua, Syukur!

Share

Tahniah diucapkan buat selebriti versatil, Elly Mazlein yang mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua.

Khabar gembira itu dikongsikan bintang berkenaan menerusi satu hantaran terkini di Instagram pada Isnin sambil menzahirkan rasa syukur atas rezeki zuriat dariNya.

“Bismillahirrahmannirrahim. Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah x lama lg akn hadir Nyawa kecil dlm keluarga kami.

“Atok akn dpt cucu lg. Papa akn dpt seorg lagi anak manja dan Kakak Manja akn dpt Adik ( tp kakak Manja mintak “Sister”.

“Mana-mana² pun xpe, Hanya menDoakan Baby sihat & dipermudahkan). Dan Mama x saba nak menjaga Kesemua Nyawa Suri Hati ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,” tulisnya.

Bintang berusia 41 tahun yang kini popular dengan lagu Dusta Cinta turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.

“Terima kasih di atas Doa, wahai kesayangan smua. Terima kasih sentiasa bersama sy dari saat getir hingga Saat Pelangi kebahagian dtg menerpa.

“Doa sy, agar Allah permudahkn urusan anda smua. Dan akhir sekali jawapan bg smua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant,” tulisnya lagi.

Perkongsian yang mencuri tumpuan itu seterusnya mendapat reaksi rakan selebriti dan peminat yang turut sama tumpang gembira selain mendoakan semoga segala urusan Elly dipermudahkan.

Terdahulu, Elly dan suaminya, Mohamad Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga pada Januari 2020.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.

Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Foto: Instagram Elly Mazlein

Published by
MH