Penerbit dan pengarah, Sheila Rusly sekali lagi menegaskan pihaknya tidak akan menyambung atau melakukan sequel drama terbitan syarikatnya iaitu Leftenan Zana meski mendapat reaksi baik penonton terhadap drama rantaian itu sebelum ini.

Bagaimanapun jelas Sheila kepada MH, dia masih lagi berminat untuk terus terokai drama yang mengangkat badan beruniform berkenaan dan mengakui sudah pun melakukan perbincangan dengan pihak berkaitan.

“Ya…Leftenan Zana tidak akan disambung. Saya akan buat sebuah lagi drama rantaian yang bercorak sedemikian InsyaAllah. Cuma ia masih dalam perbincangan dengan pihak MINDEF dalam mencari genre yang bersesuaian.

Ads

“Kiranya kali ini kami bercadang untuk hasilkan drama yang boleh menyuntik semangat penonton.

“Kalau sebelum ini mereka yang dahulunya sudah sertai kadet dan kemudian mahu jadi apa pula. Kiranya akan beri motivasi kepada mereka untuk pergi ke tahap seterusnya,” kongsi Sheila.

Ads

Ditanya mengapa pula tidak mengangkat Leftenan Zana sebagai sebuah naskhah filem pula, ibu kepada dua cahaya mata ini punyai pendirian tersendiri.

“Kalau saya mahu angkat Lefetenan Zana ke filem, saya tidak boleh hasilkan kisah mengenai kadet lagi sebab kisahnya sudah habis di situ. Fasa tersebut sudah selesai. Jadi kena pergi ke peringkat yang seterusnya.

Ads

“Untuk ke peringkat seterusnya itu, saya kena lakukan drama terlebih dulu. Yang pasti bukanlah kisah Tentera Udara sebab kita sudah ada Paskal. Jadi biarlah saya fokus kepada Tentera Darat,” akhirinya.

Foto: Instagram Sheila Rusly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI