Tajul Ariff sudah tampil membuat pengakuan dengan mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan isteri, Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017 lalu.
Menurut pemilik nama lengkap Tajul Ariff Noor Md Shari seperti yang dipetik mStar, antara sebab utama dia merahsiakan perkara berkenaan kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalam industri seni.
Pada masa sama bintang berusia 21 tahun ini juga enggan mencampuri urusan peribadi dengan kerjayanya.
“Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.
“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.
Ads
“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.
“Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” kata Tajul seperti yang dipetik mStar.
Terdahulu, status bintang berkenaan menjadi tanda tanya ramai dan beberapa hari lalu, portal berkenaan ada mendedahkan mengenai sekeping foto yang dihantar pembaca yang meminta penjelasan serta mendakwa wanita yang didakwa isteri kepada penyanyi itu kini sedang hamil.
Ads
Lalu, penyanyi berkenaan turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata pertama mereka hujung November depan.
“Memang betul isteri saya sedang mengandung dan kandungannya kini sudah memasuki lapan bulan. Dia dijangka akan melahirkan bayi sulung kami pada hujung November depan.
Ads
“Saya berharap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Saya mohon maaf kepada peminat, sejujurnya saya tiada niat untuk menipu anda semua,” pinta Tajul.
Jun tahun lalu, kecoh di laman sosial apabila Tajul dikatakan mengaku dia sudah berkahwin dengan wanita bernama Nurul Syamieza Eddie.
Bagaimanapun, Tajul menafikan perkara berkenaan selain peminat agar tidak salah faham dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa sengaja.
Foto/Sumber: Instagram Tajul/mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fatin Afeefa menafikan pernah melakukan perkara tak senonoh di tempat awam, iaitu bercium dan berpelukan di tempat awam dengan seorang lelaki berstatus suami orang seperti yang didakwa netizen.
Kontroversi mengenai perkara tersebut ditanya oleh salah seorang pengikutnya di Instagram yang membayangkan bintang Geng Mak-Mak itu ada melakukan perkara tersebut di sebuah pusat membeli-belah popular.
Komen tersebut antara lain turut bertanya sama ada individu yang turut merengek meminta dibelanja kaca mata mahal adalah dirinya.
Tidak hanya berdiam diri, Fatin dilihat ada meninggalkan komen balas.
Fatin menjelaskan, dia jarang berkunjung ke pusat beli-belah terkenal seperti yang diperkatakan.
“Saya adalah manusia yang paling jarang ke pusat beli-belah KLCC. Tetapi, tidak mengapa kerana lebih banyak fitnah saya terima, lebih banyak pahala yang saya dapat.
“Saya menikmati setiap apa yang dilalui kini dan menyerahkan kepada orang di luar sana untuk menjalankan kerja,” jawab Fatin.
Terdahulu, MH ada cuba menghubungi ibu kepada dua cahaya mata ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut, bagaimanapun gagal apabila Fatin tidak menjawab teks dan panggilan.
Tular sejak semalam, Fatin didakwa sekali lagi kantoi curang apabila menjalinkan hubungan dengan suami orang dan kisah kecurangan berkenaan dikatakan telah dibongkar sendiri oleh isteri lelaki terbabit menerusi Twitter.
Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz, pada 21 Disember 2013.
Mereka kemudiannya bercerai talak satu pada 20 Mei 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya Ivy Herra Sophia.
Wanita ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian menerusi perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram Fatin Afeefa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Detik kelahiran, antara hidup dan mati seorang ibu berjuang demi zuriat. Tasha Manshahar berkongsi detik cemas berjuang menanti saat-saat kelahiran puteranya.
Kata penyanyi Oh No ini, walaupun selepas tiga hari dimasukkan ke wad untuk proses bersalin, namun tiada sebarang perkembangan yang membolehkannya bersalin secara normal.
Malah, proses induce juga telah dilakukan sebanyak tiga kali, namun bukaan rahim masih kurang daripada 1.5cm.
“Sambungan post semalam.
“Friday (21/6)
Hari ketiga warded. Subuh tu bidan datang check bukaan lagi, tapi tak sampai 1.5cm pun. Saya dah mula resah, sebab dah dua hari warded. Mummy, ayah, suami dah berkampung sama-sama dekat hospital. Ubat itu ubat ini dah masuk. Penat. Hampir give up. Give up menunggu sebenarnya.
“Saya tinggal induce terakhir untuk menentukan cara apa saya bersalin. Tp apa salahnya cuba sampai induce ketiga kan. Mana tahu kalini menjadi. Atleast kalau tak berjaya pun, Ive done my part the very best. Saya puas hati sebab dah cuba sampai habis.
“So masuklah induce ketiga pagi tu jugak. Saya doa byk2 Allah bg keadaan bersalin yang terbaik dan selamat untuk saya dan baby. Itu je, tak kisah la apa cara pun. Tapi saya teruskan ikhtiar exercise utk stimulate bukaan. Unfortunately, contraction masih tak regular. Saya masih boleh gelak-gelak, boleh jalan-jalan dalam hospital, makan masih selera, masih boleh lelap.
“Doktor dtg check bukaan pukul 2.15. “Kita czer ya?”, kata doktor. Sebab bukaan masih kurang daripada 1.5cm. Takde progress. Saya dah bersedia untuk terima kenyataan time tu, dalam masa yang sama excited nak jumpa baby.
“Harini ke doktor? Pukul berapa?”
“Ya harini. 2.45 boleh?”
Setengah jam je lagi! Tiba-tiba nervous.
“Saya tunggu suami saya balik solat Jumaat dulu boleh ke, doktor?”
“Okay, pukul 3 lah ya, sebab doktor pun nak solat dulu ni. See you later. Takpe dont worry inshaAllah yang penting you both selamat.” Sambil doktor usap-usap kaki saya. Pujuk mungkin.
“Kurang 10minit, @raqibmajid sampai.
“Pukul 3 tau.”
“Ha, okay… Jap. Apa yang pukul 3?”
“Czer. Takde progress bukaan.”
“Oh. Jap. Okay..okay..saya solat sunat jap..” Raqib nampak cuak tapi cuba bertenang. Sebab kami mmg dah bincang sebarang kemungkinan yg akan berlaku,” kongsinya panjang lebar.
Dia turut berkongsi kisah dinasihatkan oleh doktor untuk bersalin awal kerana bayi di dalam kandungan dijangka sebesar 3.7 kilogram.
“Masa check up 38w 6d (Selasa, 18/6), doktor suspect I was pregnant to a big baby (estimated 3.7kg) dimana kalau tunggu lebih lama, baby boleh jadi lebih besar dan potential untuk bersalin secara normal dengan selamat akan berkurang dan ada beberapa risiko lain.
“Jadi doktor cadangkan saya untuk induce pada keesokkan harinya, bila kandungan genap 39w (Wednesday, 19/6). Induce means doktor masukkan ubat untuk stimulate contraction seterusnya buka jalan untuk kita bersalin secara normal (kalau Allah izin)
“Wednesday (19/6)
Warded. Induce pertama dimasukkan pada pagi yang sama. Bukaan sebelum induce tak sampai 1cm. Jadi bila ubat induce tu dah masuk, saya agak yakin akan ada bukaan ptg nanti waktu doktor nak check. Nurses keluar masuk every few hours untuk check tekanan darah, jantung baby, contractions. Hari pertama, masih tiada progress bukaan. Contraction ada tapi tak regular. Kdg sakit kdg tak, kdg tak rasa pun tengah contraction. Siang 5min sekali. Tu pun cuma mild – moderate contractions. Malam drop jadi 10min sekali. Sepatutnya contraction kena semakin sakit dan semakin kerap.
“Thursday (20/6)
Induce kedua dimasukkan lepas Subuh. Utk lebih stimulate bukaan, as suggested kaklong @kai_armd , saya exercise dalam bilik, buat squat, jalan itik, turun naik tangga. Suami tolong. @heyitsyunyun pun tolong. Saya buat apa je yang termampu dgn harapan ada bukaan bila doktor dtg check nanti. Doktor dtg check tgh hari tu, 1cm je. Doktor kata kedudukan kepala baby mmg dah dekat bawah tapi mcm senget sikit, tak betul-betul dekat opening. Jadi sebab tu contraction tu tak cukup untuk menipiskan pangkal rahim dan adakan bukaan. Tapi doktor kata tak apa, kita tunggu dulu sebab jantung baby pun okay. Petang tu baru la saya rasa contraction paling kuat sepanjang saya pregnant.
“Mmg sakit tp tahap masih boleh tahan walaupun berpeluh lah jugak 😂Contraction 5min sekali. Masa ni ada adegan sedih kami suami isteri dalam wad. Nti saya cerita. Lewat ptg bidan check bukaan, masih juga 1cm. Doktor kata, kalau selepas induce ketiga esok, takde progress atleast 2 atau 3cm, czer adalah jalan paling selamat. Berdebar tunggu bidan dtg Subuh esoknya untuk check bukaan.”
Pelakon, Vanidah Imran akhirnya membalas komen netizen apabila sering disoal berkaitan dengan dirinya berhijab.
Kisahnya, Vanidah berkongsi video ‘repost’ daripada penyanyi, Nourul Wahab berkaitan dengan soal warna kulit, bagaimanapun, lain pula yang dilihat netizen.
“Tapi kalau semua dah cantik tak tutup aurat pun masih lagi tak cantik kak, nak lagi cantik tutup aurat InsyaALLAH segala2nya akan jadi lebih cantik.
“Sebab nabi dah bgtau akhir zaman byk wanita yg tak tutup aurat dan ada jgk golongan wanita yang tutup aurat tpi hakikatnya berbogel.
“Nasihat utk semua dan diri sendiri juga, sama2 kita saling mengingati kerana islam itu cukup sempurna,” tulis individu tersebut di ruangan komen.
Susulan itu, ini pula yang dibalas oleh Vanidah.
“Ya betul, tapi menutup aurat bukan hanya sekadar pakai tudung…banyak faktor lain yang perlu berubah, perlu dijaga. Semua itu proses dalam menjadi hambanya yang lebih baik. Slowly but surely. Insya ALLAH,” balasnya.
Berikutan itu, ada juga beberapa netizen yang memberikan pandangan mereka mengenai isu tersebut dan semuanya dibalas baik oleh pelakon filem Mami Jarum itu.
Sebelum ini, ada beberapa kali netizen bertanya kepada Vanidah bilakah dia akan berhijab dan menutup aurat namun tiada jawapan. Mudah-mudahan dengan jawapan tersebut akan memberikan kepuasan buat mereka yang bertanya ya!
Foto/Instagram: Vanidah Imran
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!