
Penyanyi Nabila Razali difahamkan bakal disatukan dengan lelaki pilihan yang juga ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, pada Sabtu.
Dikatakan, penyanyi lagu Peluang Kedua itu dijangka bakal diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah lokasi di Pahang.
“Ya Nabila bakal berkahwin esok pagi di Pahang. Ini detik yang membahagiakan buat pasangan ini,” kata sumber, petik Harian Metro.
Terdahulu timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula itu bakal disatukan bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu pada Isnin lalu.
Bagaimanapun pengumuman yang dilakukan di media sosial hanyalah sebagai menerima lamaran daripada Nik Iruwan.
“I said yes (Saya terima) ,” tulisnya ringkas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Memang Pentingkan Pendidikan Anak-Anak,” – Terkadang Menangis Sendiri, Datuk A Aida Terharu Anak Sulung Bakal Bergelar Doktor

Penerbit terkenal, Datuk A Aida menzahirkan rasa bangga dan terharu apabila anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 25, telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada majlis konvokesyen yang diadakan di pusat pengajian tinggi itu di Bangi, baru-baru ini.
Menerusi Harian Metro, Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, dari kecil lagi dia sudah tetapkan anak sulungnya itu perlu menjadi doktor.
“Alhamdulillah, dia sudah tamat belajar dan selesai konvokesyen. Namun, semalam tak boleh ikut serta disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain peraturan universiti. Jadi, saya tunggu di rumah saja.
“Sebenarnya, menjadi ibu tunggal yang besarkan tiga anak dengan karakter berbeza teramat perit. Kadang-kadang menangis sendiri.
“Saya memang pentingkan pendidikan anak-anak. Saya sudah tetapkan anak pertama kena menjadi doktor dan selalu ingatkan dia. Saya asah dan tanamkan minat dia dari kecil. Alhamdulillah, dia okay dan ikut. Kiranya buku memang teman baik dia.
“Walaupun tidak membesar dengan bapa kandungnya, saya bersyukur Allah hantar Prof Madya Datuk Dr Ustaz Ariff sebagai bapa angkat anak-anak saya. Dia yang membantu anak-anak dalam pelajaran,” kata penerbit berusia 51 tahun itu.
Dia pada masa sama turut menambah, Aleesa bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana Irritable Bowel Diseases (IBD) Gastroenterologist di Fakulti Perubatan, HUKM.
Sementara itu anak keduanya, Wan Eva Natassha, 20, pula dididik untuk menjadi akauntan dan anak ketiga, Muhammad Rahul, 13, menjadi peguam.
Wan Az Aleesa dan Wan Eva Natassha adalah anak hasil perkahwinan dengan penyanyi, Ameng, manakala Rahul pula menerusi perkahwinan ketiga dengan seorang pegawai polis.
Sumber, Foto: Harian Metro, Instagram Datuk A Aida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Yang Ditunggu Akhirnya Tiba,” – Fizi Ali Sedang Menanti Detik Kelahiran Anak Sulung

Penyampai radio, Fizi Ali Hari ini ada memuat naik satu posting terkini menerusi Instagram, menyatakan kesediaanya dalam menantikan detik kelahiran anak sulung.
Mengakui perasaannya kini bercampur-baur, Fizi bagaimanapun mengharapkan proses bersalin isterinya, pelakon Shakila Khoriri berjalan dengan lancar.
“I’m ready!!!hari yang ditunggu akhirnya tiba jugak..tak tau apa perasaan sekarang ni..sedih,happy,takut semua ada..harap semua berjalan dengan lancar…semoga sis @shakillakhoriri kuat..love you,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Semoga semuanya dipermudahkan, amin.
Foto: Instagram Fizi Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baju PM RM7,000 Korang Pertikai, Yang Beliau Pakai Batik Raifili Ni Ha, Tak Ada Pulak Orang Nampak…,” – Usahawan Wanita

Baru-baru ini, ada segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan mengenakan sehelai pakaian mewah ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.
Pelbagai pendapat disuarakan menerusi media sosial dan ada yang menyarankan agar PM selepas ini sepatutnya mengenakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan.
Lalu, perkara tersebut menarik perhatian pengasas jenama Raifili, Siti Fitryah Harun yang secara langsung menepis dakwaan netizen di akaun Tiktok peribadinya, MamaCT RAIFILI.
Menurut usahawan berusia 32 tahun ini, dia menegaskan bahawa dakwaan netizen yang kononnya PM mengagungkan jenama mewah antarabangsa sebagai kurang tepat.
Sebaliknya beliau disifatkan seorang yang berjiwa Melayu sekaligus bangga dengan rekaan anak tempatan.
Buktinya, pemakaian batik Raifili menjadi pilihan beliau ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.
“Harganya pula jauh lebih murah daripada pakaian jenama mewah seperti yang tular itu,” luah pengasas Raifili berkenaan.
Watch on TikTok
Menurutnya lagi, perasaan teruja dan bangga apabila melihat Ismail Sabri sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan batik moden.
Malah menyedari akan kepentingan menghargai persalinan tempatan, pihaknya turut menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai menghargai batik.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 40,000 kali tontonan menerusi aplikasi sosial tersebut.
“Susulan itu, Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam di Malaysia telah pun diperkenalkan. Setakat ini sudah lebih 300,000 penjawat awam sudah menebus batik percuma menerusi kempen ini.
“Usaha dan amal kecil ini memberi semangat untuk kami memperkenalkan jenama ini sekaligus dapat membantu memartabatkan pemakaian batik moden Malaysia dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat Malaysia
“Penjawat awam boleh menebus batik percuma melalui pengedar sah Raifili atau di laman rasmi kami. Cara-cara menebus batik ini juga ada di pautan berkenaan.
“Terima kasih juga untuk rakyat Malaysia yang masih lagi sedar akan kepentingan memartabatkan jenama tempatan dan pemakaian batik dalam kalangan rakyat,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI