“Ya, Ni Suara Aku Yang Dulu,” – Video Lama Sebelum Kotak Suara Alami Masalah Tular, Ini Respon Ain Edruce

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang sentiasa ceria dan menghiburkan kala di hadapan lensa.

Kisahnya baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi satu rakaman video di akaun Twitter miliknya.

Dipercayai, ia sebuah video lama melibatkan bintang tinggi lampai itu.

Menerusi rakaman video tersebut, Ain dirakam sedang mengacarakan sebuah program dikenali sebagai Girls Only Show.

“Omg lainnyaaa suara dia dulu…. Sian :(,” tulisnya. 

Lalu, rakaman video tersebut menjadi perhatian netizen, lebih-lebih lagi apabila ada mendakwa terdapat perbezaan dengan ‘tone’ suara Ain dulu dan kini.

Lalu, bintang drama bersiri Camelia itu dilihat ada memberi respon perkongsian individu berkenaan.

“YES. Ni suara aku yang dulu. Rindu hmmmmmm,” tulisnya.

Terdahulu, menerusi rancangan Trek Selebriti di Astro Ria, Ain pernah memaklumkan tone suaranya berubah selepas mengalami permasalahan dengan kotak suara ketika masih sedang belajar di pengajian tinggi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Video: Twitter Ain Edruce

Published by
Nazar Rafiqhi