Beberapa jam lalu, pelakon Mawar Rashid ada memuat naik sekeping foto dirinya sedang berdiri bersebelahan tingkap dan ia dimuat naik di Instagram.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang ini membayangkan dirinya sedang menghitung hari detik bergelar ibu.
“Counting days.. Maaf jika Mawar ada salah silap ngan you all.. Doakan semua dipermudahkan ya,” tulisnya.
Lalu, MH sempat bertanya khabar bertanya sama ada dia sedang hitung hari menantikan detik bersalin dan jawapan yang diberikan cukup ringkas.
“Ya…amin,” jawab Mawar.
Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan yang terbaik buat finalis Dewi Remaja 2015 ini dan berharap agar semuanya dipermudahkan.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan adik kepada Datuk Fazley Yaakob, Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.
Foto : Instagram Fazley Yaakob