Isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri, mendakwa penyanyi terbabit sudah pun melafazkan talak terhadapnya Mac lalu.
Malah wanita yang mesra disapa Ayu itu juga mengakui masalah rumah tangga yang berlaku sudah pun terjadi sejak sekian lama.
“Ya Radhi ada lafaz cerai talak satu pada saya 25 Mac lalu. Cuma tak berapa lama kemudian, dia ada meminta maaf atas keterlanjurannya. Jelas Radhi, pada ketika itu dia tidak sengaja dan tengah marah waktu lafaz talak.
“Lalu sejurus saya diceraikan, saya terus keluar dari rumah kami. Malah, lafaz cerai juga akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi MH.
Ditanya apakah yang terfikir di fikirannya ketika ini, wanita berusia 25 tahun itu bagaimanapun sejujurnya tidak mahu mengulas panjang mengenai konflik rumah tangga yang berlaku.
Ads
Sebaliknya, dia lebih senang untuk fokus dengan dua cahaya mata yang kian membesar.
“Jujurnya saya rasa lega atas segala yang berlaku. Malah saya pernah beritahunya, dia seorang bapa yang sangat baik dan sangat okay. Tetapi mungkin kerana perkara lain menyebabkan dirinya berubah.
Ads
“Apa pun saya tidak mahu memandang ke belakang dan ingin teruskan kehidupan seperti biasa selain tunggu sahaja lafaz cerai akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah.
“Anak-anak pun makin besar, jadi biarlah mereka mendapat perhatian yang sepenuhnya dari saya,” jelasnya lagi.
Ads
Ayu kini tinggal di kediaman ibu bapanya di Kota Damansara bersama dua anak mereka, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3 tahun.
Terdahulu, Radhi, 41, dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 kemudian berpisah pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan terbabit, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.
Foto: Instagram Ayu Zahiri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Malam Lailatul Qadar merupakan satu malam yang cukup istimewa dan dinanti umat Islam yang menjalani ibadah puasa tiap kali menjelang Ramadan.
Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, kita juga tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk menambah pahala dan mendapat rahmat di malam tersebut.
Penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul Rahdi ada berkongsi cerita, mengapa Allah S.W.T merahsiakan malam Lailatulqadar di 10 malam terakhir di bulan puasa.
Lalu atas sebab itulah, dia menyarankan umat Islam berusaha untuk mendapatkan ganjaran pahala di malam Lailatulqadar.
“Kenala Allah rahsiakan bila malam al-qadar? Benda kalau dh exclusive atau special memang gitu.
“Siapa pulun dia dapat. tawaran dibuka pada semua.
“Nabi saw yg confirm syurga pun usaha cari lailatul qadar..kita belum confirm lagi patut usaha. moga Allah bantu kita.
“Nabi SAW suruh kita buru malam alqadar; carilah malam alqadar pada 10 malam terakhir di bulan ramadan.
“Nabi SAW bersungguh pada 10 malam terakhir. Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [Riwayat Muslim],” tulisnya yang turut menitipkan riwayat dari Ibn Hibban.
Kilauan Emas 2024 (KE2024) final malam tadi melakar sejarah tersendiri apabila Gie Hamid, diumumkan sebagai peserta wanita pertama merangkul gelaran juara, selepas enam musim penganjurannya.
Persembahan konsisten Gie atau nama sebenarnya, Roziah Abdul Hamid, meletakkan peserta berusia 48 tahun ini di kedudukan teratas dalam kalangan lima peserta saingan dengan markah sebanyak 80.08%.
Menerusi kemenangan tersebut, peserta asal Mersing, Johor itu berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro, pakej umrah sumbangan Khadim Ummah Holidays dan pakej penginapan percutian sumbangan Avillion Port Dickson
Gie turut meraih Anugerah Emas Berkilau Of The Week.
Sementara Sidi sebagai Naib Juara KE2024 dengan markah 70.74% dan diikuti Ina dengan 65.99% yang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Tempat ke empat hingga ke enam pula masing-masing menjadi milik Sue (65.00%), Wan (64.39%) dan Ron (51.68%).
Gie Tak Sangka, Anggap Sidi Saingan Kuat
Berkongsi mengenai kemenangannya, Gie akui terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang kerana menyifatkan Sidi sudah memberi saingan yang cukup kuat.
“Memang saya tidak sangka, tapi itulah dikatakan rezeki tak salah alamat. Walau terima komen positif para juri, saya memang tak letak harapan tinggi untuk menang.
“Saya sebenarnya ingatkan Sidi yang bakal jadi juara sebab persembahannya pun tak kurang hebat dan konsisten.
“Malah ketika hanya tinggal kami berdua di atas podium, Sidi teka saya yang akan menang, waktu itu pun saya masih tak letak harapan.
“Bagi saya, yang penting nak selesaikan persembahan dengan baik saja. Selebihnya saya reda, berserah pada rezeki. Terima kasih kepada semua atas sokongan ini,” katanya.
Hattan Harap ‘Kemilau Emas’ Peserta Tak Terus Pudar
Datuk Hattan selalu juri KE2024 berharap agar barisan peserta tahun ini meneruskan minat masing-masing dalam dunia nyanyian, meski program ini sudah melabuhkan tirai.
“Harapkan perjuangan mereka tidak habis di sini, lama-kelamaan peminat pun melupakan. Kalau boleh, tak mahu begitu.
“Mereka termasuk pihak produksi sama-sama beri ruang dalam terus menonjolkan bakat. Misalnya menerusi penampilan di dalam program tertentu, persembahan pentas dan sebagainya.
“Sebab platform KE2024 sudah pun menonjolkan kebolehan mereka dan saya percaya permintaan terhadap penyanyi dalam usia ‘emas’ ini masih lagi ada,” katanya.
‘Masuk’ Dengan Arus Semasa, Guna Kelebihan Medsos
Dalam pada itu, juri jemputan KE2024 final, Edry Abdul Halim pula percaya mereka akan terus mampu menjadi perhatian sekiranya bijak menggunakan kelebihan media sosial.
“Saya ambil contoh Datuk Hattan sendiri, beliau tahu audiensnya bagaimana. Jadi kena pandai untuk dekatkan diri kita dengan kelompok audiens semasa.
“Lanskap KE2024 sudah berbeza dengan musim yang terdahulu. Sekarang kita ada sosial media, boleh ‘direct’ kepada peminat. Macam contoh, TikTok sebagai antara platform media yang cukup aktif.
“Jadikan diri anda ‘available’ sebab sekarang, ia tidak hanya terhad kepada pengguna muda remaja saja. Malah kalau aktif tonjolkan bakat di situ secara tak langsung boleh juga kumpul peminat baharu dan tambah pendapatan ekstra.
“Rajin-rajinlah berinteraksi dengan peminat di media sosial. Itu amat penting pada zaman sekarang. Pada saya, tak boleh ada mentaliti untuk tunggu produksi buat segala-galanya untuk kita.
“Kena pandai ‘marketkan’ diri, kerana mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya ada nilai yang mungkin penyanyi di luar sana tidak ada. Perlu tahu apa kelebihan masing-masing,” katanya.
Malam kemuncak KE2024 telah dinilai oleh juri tetap, Datuk Hattan dan Erra Fazira, manakala Edry Abdul Halim sekali lagi bertindak sebagai juri jemputan.
Program yang dihoskan Elly Mazlein dan Joey Daudini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105), On Demand serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor memohon maaf mengenai isu terkait dakwaan melanggar prosedur standard operasi (SOP) dalam penganjuran majlis pernikahannya dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz, pada 27 Mac lalu.
Neelofa pada masa sama turut memberi menjelaskan mengenai isu merentasi negeri dengan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu yang turut disertai suaminya.
“Penjelasan dan pencerahan tentang dua perkara iaitu tentang majlis perkahwinan saya baru-baru ini dan juga isu rentas negeri ke Pulau Langkawi.
“Saya buat hari ini kerana sudah selesai apabila kami (Neelofa dan Haris Ismail) kedua-dua keluarga hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi memberi kerjasama dan keterangan untuk membantu siasatan pihak berkuasa.
“Saya dan suami pergi (ke balai polis) awal minggu ini dan keluarga suami beberapa hari lalu dan keluarga saya pergi pada hari ini. Alhamdulillah, untuk kehadiran ke balai polis sudah selesai.
“Kalau kita tengok ada banyak, pelbagai versi cerita di luar sana berkaitan dua isu ini dan saya seikhlas hatinya memohon maaf kerana… atas segala kesalahan SOP yang di dalam atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini,” katanya.
Selain itu, Neelofa menerusi video yang dikirimkan turut akui khilaf atas hal yang telah berlaku.
“Kami mengakui dan terima dengan hati yang terbuka segala keputusan dan tindakan pihak berkuasa. Sekali lagi saya nak mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini dengan semua.
“Ada banyak hal yang saya terlepas pandang dan saya patutnya tunjuk contoh yang lebih baik mengenai hal itu,” katanya.
Dalam kesempatan tersebut, Neelofa turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!